♥ Soto Daging ♥

Jumaat, April 09, 2010





BAHAN-BAHAN

Bahan- [anggaran 10 orang makan]
1 kg daging [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [buangkan kakinya]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras

Kicap Pedas [mesinkan halus]
20 biji cili api
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam

Pegedil Daging:
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng


 CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

Pegedil Daging:
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

0 ulasan:

About

Kongsi Resipi