♥ Pai Tee ♥

Khamis, April 08, 2010

Sumber : Majalah Rasa MEI 2006




Bahan-bahan (A)

100 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
300 ml air
2 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan-bahan Inti (B)

100 gm sengkuang dihiris halus
100 gm lobak merah dihiris halus
2 biji bawang putih dicincang
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
100 ml minyak masak



Cara Memasaknya

1. Campur kesemua bahan A dan dikacau hingga sebati. (Saya blend kan saja semuanya) Tapis adunan dan masak menggunakan acuan pie tee (dicelup dalam minyak panas dengan cepat, angkat dan toskan)

2. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan kesemua bahan B dan kacau sehingga masak.

3. Angkat dan masukkan inti ke dalam kulit pie tee.

Bahan inti saya

3 batang lobak merah saya grate dengan grater
Kobis dihiris halus
1 cawan udang dibuang kulit dan dipotong kecil2
Lada sulah secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat

1. Tumis udang sehingga masak, masukkan lobak dan kobis.

2. Masukkan lada sulah dan sos tiram secukup rasa.

3. Masak sehingga sayuran sedikit layu.

4. Boleh masukkan garam jika perlu.

1 ulasan:

Maz berkata...

Gambar dari ehsan org ni..

About

Kongsi Resipi