♥ Daging Masak Merah ♥

Jumaat, April 09, 2010



Resipi dari kawan kita di Jepun, Saudari MD. Daging Masak Merah ini kalau dihidangkan dengan Nasi, Sup Sayur sedap nih. Kepada MD terima kasih sudi berkongsi resipi dengan kita semua.

Sumber: MD

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau (optional)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai dititik
garam secukup rasa
* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
3. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
4. Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

0 ulasan:

About

Kongsi Resipi