♥ Khasiat Taugeh ♥

Selasa, November 30, 2010


Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya

♥ Petua Melembutkan Daging Ketika Memasak ♥


• Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

• Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

• Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

• Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

• Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.

♥ Chocolate Chips Muffin ♥

Ahad, November 28, 2010


Bahan-bahan:


1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara menyediakan:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.

3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.

4. Masukkan choc chips.

5. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

♥ Butter Prawn ♥


Bahan-bahan:

1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus
1 sd teh garam
1 kg minyak untuk menggoreng
250 gm mentega tawar (unsalted butter)
6 pelepah daun kari (daun shj)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang)
8 biji kuning telur
250ml susu cair penuh krim
½ sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam
1 sd teh sos ikan
¼ sd teh serbuk pati ayam
1 sd besar gula

Cara menyediakan:

1) Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan.

2) Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.

3) Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

♥ Udang Goreng Rangup ♥

Bahan-bahan:
8 ekor udang besar - dibelah belakang dan dibersihkan
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur - dipukul sedikit
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa

Sos:

4 biji cili besar
2 sudu besar gula
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
Kisar semua bahan dan masak hingga pekat.

Cara menyediakan:

1. Gaul udang dengan tepung ubi. Campur semua bahan lain dan goreng garing. Sedap dimakan panas dengan sos.

♥ Kuih Seri Muka ♥


Bahan-Bahan:
Lapisan bawah:

3 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
½ sudu teh garam

Lapisan atas:

3 cawan santan pekat
4 helai daun pandan (jadikan jus pandan)
½ sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung atau kastad
1 biji telur
1 sudu teh garam

Cara menyediakan:

Lapisan bawah:

1) Gaul rata semua bahan .
2) Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
3) Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Lapisan atas:

1) Kisar semua bahan dan tapis.
2) Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3) Kukuskan lebih kurang ½ jam.
4) Sejukkan dahulu baru potong dan sedia untuk dihidangkan.

♥ Khasiat Kobis ♥

Selasa, November 23, 2010



Kubis atau nama sainsnya Brassica oleracea yang berasal dari pertengahan Mediterranean (Ibid : hlm 5). Pokoknya rendah sahaja, mempunyai batang yang lembut dan hanya dilitupi oleh dedaun hijau. Ia memerlukan masa yang agak panjang untuk mengeluarkan putik Kubis. Selang beberapa bulan barulah ia boleh dipetik dari pokoknya.

Kubis menjadi kegemaran rakyat seluruh dunia. Sesetengah orang berpendapat bahawa namanya ( cabbage ) berasal dari perkataan Latin di zaman Rom Purba yang membawa maksud ‘kepala’. Sungguhpun ia adalah sejenis sayuran, namun terdapat banyak nilai perubatan daripadanya. Ia telahpun diceritakan sejak berzaman oleh Hippocrates, Aristotle dan Pliny. Pada masa itu, orang Rom menggunakan Kubis untuk mengubati sakit kepala, insomnia, memberhentikan pendarahan pada kulit dan mengurangkan sakit ketika bersalin.

Khasiat Kubis

Pada masa ini , perubatan moden telah menyokong pendapat lama tersebut. Para saintis telah membuktikan bahawa Kubis mempunyai bahan yang menambahkan kekalisan tubuh manusia dan memberhentikannya menjadi tua sebelum masanya. Kubis kaya dengan vitamin C daripada epal, pir dan pisang. Dengan hanya memakan sejumlah 20 gram Kubis mentah sudah cukup menampung keperluan harian vitamin C untuk orang dewasa.

Eleman mikro yang terdapat pada Kubis menentukan metabolisme yang sungguh bernilai kepada manusia semasa mengharungi usia. Ia juga penting untuk pertumbuhan organisme kanak-kanak. Sesetengah daripada kompenan yang terdapat pada Kubis dapat mencegah tompok-tompok pada dinding vaskular dan mengurangkan batu pada buah pinggang.

Selulosa pada Kubis amat berguna untuk kesihatan manusia. Pertamanya ia menghapuskan kolesterol dan dapat mengawal arterosklerosis. Di samping itu ia juga mencegah penerimaan karbohidrat yang berlebihan dan secara tidak langsung mengawal diabetes. Dedaun hijau Kubis muda sangat berharga kepada sesiapa yang menghidap anemia kerana ia mempunyai jumlah vitamin yang paling banyak.

Satu lagi bahan yang berharga terdapat pada Kubis ialah asid tartronik. Ia menghalang penukaran gula dan karbohidrat manakala yang lain menjadi lemak. Maka ia sesuai untuk amalan menjaga berat badan dengan hanya memakan salad Kubis setiap hari. 100 gram Kubis menghasilkan hanya 30 kilokalori. Dengan mempunyai nilai kalori yang minima ini, Kubis mempunyai nilai biologi yang maksima. Sebagai tambahan, ia menghasilkan perasaan kenyang yang berpanjangan dan mudah di hadam.

Para doktor mandapati bahawa jus Kubis segar membantu menyembuhkan ulser perut dan duodenal serta mengubati gastrik. Para saintis juga dapat mengasingkan kompenan baru dari Kubis segar yang mengandungi faktor anti ulser.

♥ Ayam Masak Merah Wangi ♥

Isnin, November 22, 2010



Sumber : Dayang Jack ..

Komen : Sedap
Minta izin copy paste ye Dayang...

Bahan-bahan :

• 1/2 kilo ayam (digoreng siap)
• 2 helai daun limau purut
• 2 senduk cili kering kisar
• 1 batang kulit kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 1 kuntum bunga cengkih
• 1 labu bawang besar (dimayang) - optional
• sos cili
• sos tomato
• sos tiram
• garam dan gula

Bahan-bahan mesin :

• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 3 batang serai
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)

3. Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan.

4. Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.





:-) Aqiqah Anak sulongku dgn sepupu - 17-11-2010 :-)




;-( Keadaan Rumah Selepasa Air Surut ;-(

Aduh sedihnya tengok rumah aku dah lintang pukang... dimana harus aku mulakan ???? Pening...

Di dapur-Mesin Basuh, Peti Ais Dan Microwaveku.. terbalik !!!


Di dalam stor-peralatan anak2ku & pinggan mangkuk

Bantuan tiba..

Depan rumah


 Longgokan baju yang kena basuh dengan tangan..

Ruang tamu dah siap basuh

Wak masuk anak2 ke dalam rumah

Mula mengecat rumah

TV yang blh digunakan w/pun tengelam

;-( Hari ke-4 Banjir (05-11-2010) ;-(

Jumaat, November 05, 2010

Hari ini adalah perayaan Deepavali...

Hujan turun semula di kawasan rumahku.. hatiku resah kembali... Suamiku.. masih x pulang2... Tp aku tetap redha...

Aku pun telefon suamiku untuk memaklumkan keadaan cuaca di sini.. Pesan suamiku... "Janganlah bersangka buruk" tenangkan fikiran, tumpukan pada keadaan disana.. jangan risaukan keadaan Abg disini"..
Aku akur dgn apa yang dikatakan...Aku masih dipejabat aku... tempat aku menginap selama banjir. Penduduk di sekitar kawasan Tamanku diberi penempatan di masjid tapi aku tetap di pejabatku.. untuk keselesaan anak2ku. Segala bantuan banjir seperti toto & tikar x sempat aku perolehi sebab aku tinggal berasingan dengan penempatan.

Biarlah.. mungkin ada lagi orang yang lebih memerlukannya drpd aku...

8.00am.. air mulai surut... Alhamdulillah..

4.26pm.. aku masih menunggu kepulangan suami aku... bersiap-siap untuk pergi bersihkan rumah..

;-( Hari ke-3 Banjir (04-11-2010) ;-(

04-11-2010 - Air semakin surut di Jitra, perasaanku semakin lega...Anak saudara aku Zakwan tiba pukul 8.00pm untuk hulurkan bantuan. Tp tiada apa yang boleh dilakukan lagi kerana air masih bertakung di dalam rumah. Tetapi kedatangannya sedikit sebanyak membuatkan aku lega... Penguat semangat aku. Suamiku.. masih belum boleh balik lagi akibat jalan masih ditutup.

Kawasan Alor Setar pula dilanda banjir. Bos aku telefon aku memaklumkan air mulai naik di kawasan langgar, kawan sepejabatku pula sudah mula berpindah. Jalan byk ditutup untuk keselamatan... Ya Allah tabahkanlah hati kami menerima dugaanmu ini..

;-( Rumahku dilanda banjir ;-(

Rabu, November 03, 2010

Pertama kali seumur hidupku rumahku di landa banjir...

31-10-2010 - Hujan mulai turun.

01-11-2010 - Hujan masih turun tanpa henti...

02-11-2010 - Hujan beransur berhenti di sebelah pagi...tp turun semula pada sebelah petang

02-11-2010 - 11.30pm.. jiranku lompat pagar rumahku.. kejutkan aku dari tido.. "cepat ambil dokument penting dan bawa keluar kereta.. air dah mula naik". Tanpa suami disisi aku terasa lemah segala badan.. x keruan nk buat apa2 tp aku kuatkan diri untuk selamatkan anak2ku yang sedang tidur.

Dengan hati yang sebak aku kejutkan anak2ku, dokument penting, pampers, susu anak, sedikit pakaian aku dan anak, selimut, lembek dan masukkan dalam kereta. Air mula masuk ke ruang tamu rumahku... Aku menjadi semakin takut. Dengan bantuan jiran dan anaknya aku berjaya bawa kereta, anak2 dan sedikit barang untuk berpindah.

Masuk saja dlm keta.. aku terus memecut kereta menuju ke pejabatku untuk selamatkan diri dan anak2 dan sehingga sekarang (04-11-2010) masih dipejabatku..

Disebalik kisah banjir ada satu kisah yang membuatkan aku mengenal hati budi org.. org yang kita sangka blh tolong kita ketika susah sanggup biarkan aku dan anak2 didalam rumah tanpa sebarang ikhtiar... perkataan yang keluar dari mulutnya ialah.... "Biaq pi ... x kan depa x dgr kat luar ni dah riuh rendah".. Maha suci Allah... kenapa perkataan ini keluar dari mulutnya... sampai hati... sampai hati biarkan darah daging sendiri mati kelemasan.. Tp Allah ada.. Tak ada siapa boleh menghalang kehendak Allah...

Suamiku... sehingga kini tiada bersamaku.. bukan dia sengaja.. bukan dia x ambil berat.. tp dia terkandas di rumah tok di Bukit Mertajam. Semua jalan ditutup sejak kelmarin (03-11-2010) hingga ke saat ini. Allah saja yang tahu betapa risaunya dia disana. Tapi aku sentiasa mententeramkan dia.. kata aku... Abg jgn risau kami disini... InsyaAllah kami selamat. Telefon saja menjadi penghubung antara kami hingga kini.

Abang aku di sp... mmg dia nk datang tolong tp apakan daya jalan ditutup.. Tp aku tetap berterima kasih kerana masih ambil berat..Perkembangan aku dia ikuti dr hari ke hari...

Ibu Mertuaku.. amat bimbangkan keadaan kami... tidak ada apa yang mampu dia tolong dikejauhan... Tp dia tetap mendoakan keselamatan aku... sembahyang hajat untuk kami sekeluarga.. terima kasih mak.

Ayah aku dikampung.. aku x beritahu sbb takut dia risau..

Mak Cik, Adik Iparku (Noni), dan sepupuku (Liza) sentiasa mengikuti perkembangan aku melalui Facebook.. terima kasih diatas sokongan yang kalian berikan. Aku amat menghargainya... Semangat aku menjadi semakin kuat untuk terima dugaan ini...

Kawanku Zamri... terima kasih kerana sanggup bersusah payah berikhtiar untuk mengambil aku dgn anak2 untuk membawa kami pulang ke sisi suamiku... tp aku tangguhkan dahulu kerana keadaan di sini masih terkawal...

Kawan sepejabat dgnku, bos-bos aku ... tidak ketinggalan bertanya khabar.. Aku terharu..

Disini aku uploadkan gambar banjir rumahku utuk kenanganku...


Depan rumahku 03/11/2010 - 8.00am

Dapur rumahku 03/11/2010 - 8.00am


Jalan depan rumahku

♥ Minyak Penawar Hitam ♥

Selasa, November 02, 2010

Catatan untuk simpananku..
Minyak yang byk khasiatnya dgn izin Allah...




About

Kongsi Resipi