♥ Kebunku ♥

Isnin, April 26, 2010

Selain memasak hobiku juga bercucuk tanam.. bukan apa.. senang kalau nk masak.. keluar rumah kutip apa yang patut...
Haaa.. ni dia tanamanku... Bercucuk tanam kat tanah sekangkang kera dihadapan rumah...

Pokok Serai yang baru saja diservis daunnya..



Pokok Kunyitku...



Haaa ni dia pokok kesum.. masih dlm rawatan.. belum subur



Ini plak pokok pandanku.. Anakku panggil pokok air merah sbb guna daun pandan buat air merahnya..



Ini plak pokok limau purutku... Pokok ni ditanam sbb hubby suka makan sayur paprik...

♥ Kurangkan/Hilangkan Rasa Pedas Cili Kering ♥

Mari kita berkongsi satu petua bagaimana nk jadikan cili kering tak pedas bila kita memasaknya nanti terutama bila buat sambal tumis. Dah 2 kali cuba dan memang menjadi... x payah letak asam keping or air asam jawa pun.. confirm x pedas...

1. Pilih cili kering yang berkedut ( yg x berkedut belum cuba lagi)
2. Potong cili kering kecil2 untuk buang bijinya
3. Masukkan garam dan cuka (agak2) bersama-sama cili + air dalam periuk...
4. Rebus sehingga mendidih
5. Angkat, buang air rebusan, basuh beberapa kali dan toskan.
6. Lepas tu blhlah di blend untuk jadikan sambal tumis...
7. Pasti x pedas... cubalah.. InsyaAllah.

Jenis Cili kering yang x pedas (tp kalau x pandai buat pedas gak jadinya)


Bentuknya berkedut


Jenis cili kering pedas


Bentuknya kurang kedut dan berkilat

Cekur/Kencur

Ahad, April 25, 2010


Ada yang mengenalinya sebagai Cekur ada pula panggil ia Kencur. Kedua-duanya sama.

Selalunya ia digunakan dalam masakan Orang Jawa dan fungsinya adalah untuk membangkitkan bau masakan kita. Ada rasa kelainan masakan yang sepatutnya diletak cekur/kencur ini. Selalu masakan seperti Gado-Gado dan Ikan Pari Masak Pecal yang Kak D suka letak Cekur/Kencur nih. Sodap dan aromanya sungguh memikat.

Ia pun mudah untuk ditanam, dalam pasu pun boleh hidup macam kunyit hidup rupanya tapi isinya berwarna putih.

AWARD DARI E-NA

Ini Award pertama yang saya terima dari kawan-kawan siber... Award dari E-Na...Terima Kasih Banyak2 ye E-Na...

♥ Coselow ♥

Selasa, April 13, 2010

Juga resipi dari Chef Hanieliza



Bahan [racik halus]


1 biji kecil kobis manis
1 batang carrot kecil


Sos [gaul rata]
1 cawan mayonis
2 s/b cooled water
1 s/k lada hitam
1 s/b jus limau kasturi or lemon


Cara :
Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan

♥ Sos Lada Hitam ♥

Resipi dari Chef Hanieliza

Bahan

1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam

♥ Sos Cendawan ♥

Ini resipi dari Chef Hanieliza untuk dibuat koleksi


Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar lada hitam
1 tin mushroom sup
1/2 cawan mushroom [cincang halus]
1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.
5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop.

♥ Steambot-Edisi Khas ♥

Jumaat, April 09, 2010

Resipi ini dipetik dari Restoren Pak Amir dan diubah suai sedikit untuk mendapatkan rasa yang diingini.

BAHAN-BAHAN
BAHAN KUAH/SUP
1) Rangka ayam                                               
2) Isi Sengkuang (optional)                                                          
3) Kiub pati ayam Maggie (1 ketul)
4) 4 – 5 liter air
5) Garam secukup rasa

BAHAN LAUK PAUK
1) Berbola ikan
2) Berbola Sotong
3) Berbola Ketam
4) Kek Ikan - (Segala jenis berbola dan kek ikan yang halal)
5) Udang - (Dikunting janggut)
6) Sotong - (Dibelah dua memanjang, asingkan kepala sotong dan buang matanya)
7) Cuttlefish (Sotong Kembang)
8) Ayam - (Dibuang tulang dan dipotong memanjang)
9) Tau-hu Keping
10) Cendawan
11) Mee kuning @ Bihun - (direndam dan dilembutkan dulu)
12) Telor ayam
14) Aneka sayur - (lobak putih atau sawi pendek )

BAHAN SOS
1) Cili Padi
2) Jus limau kasturi
3) kicap kipas udang
4) sos tiram
CARA MEMBUAT
1) Sup
Campur semua bahan-bahan sup dan rebus selama 1.5 – 2 jam. Kemudian angkat dan asingkan kuah dari bahan-bahan lain. Hanya kuah sahaja digunakan untuk hidangan.
2) Sos

i. Sos Kicap
- Cili padi + sos tiram + kicap + jus limau kasturi - blend

ii. Sos Cili
- boleh rujuk sos cili chef wan
* Kedua-dua sos ini hendaklah dimasukkan ke dalam mangkuk masing-
  masing  ketika hendak makan.
* Boleh juga dimakan bersama sos bawang putih. 

PENYEDIAAN/CARA MEMASAK
Dalam bab penyediaan Steam Boat ini pula, ianya mudah tetapi perlu sedikit kesabaran.
Masukkan separuh/sebahagian daripada setiap piring lauk (termasuk sayuran) tadi ke dalam periuk nasi yang telah diisi dengan sup, jangan lupa hidupkan aliran elektrik periuk nasi tadi (jangan bimbang switch periuk nasi tidak akan naik dan matikan arus elektrik).  Lihat gambarajah 8.
Selepas dimasukkan bahan lauk tadi, tutup tudung periuk nasi dan sabar menunggu sehingga ianya mendidih dalam masa lebih kurang 5 - 10 minit.
Selepas kelihatan periuk nasi dan mula berasap (bukan terbakar yer), segera buka tudung periuk nasi, jangan tunggu lama-lama nanti lauk kurang manisnya.  Lihat gambarajah 9.
Di peringkat ini, ianya boleh dihidangkan 3 - 4 orang dan boleh keluarkan semua lauk dalam periuk nasi dan, masukkan semula sebahagian lagi lauk mentah yang masih belum dimasak.  Ulangi proses penyediaan semula sementara sedang menikmati juadah Steam Boat buat round pertama.
Bila hampir selesai masak round pertama, rasanya lauk dalam periuk nasi tadi dah mula masak, dan sekali lagi buka tudung periuk nasi untuk hidangan round ke 2 segera.
KEMUNCAK HIDANGAN STEAMBOAT
Setelah semua lauk dimasak dan dimakan, cuba anda minum sup dia pula kali ini.  Emmm...sungguh-sungguh manisnya sekali.  Sangat berkhasiat sekali.  Segala khasiat lauk ada dalam sup tersebut.  Waktu ini, anda boleh masukkan sedikit mee dan bihun kemudian pecahkan 2 biji telur ayam ke dalamnya, ulangan proses penyediaan memasak tadi.  Bila dah masak, boleh makan bagi sesiapa yang masih belum kenyang lagi.
(Lihat gambarajah SteamBoat Hidangan 1 di bawah.)
GAMBAR STEP BY STEP










JAMUAN STEAMBOAT KAT OPIS































♥ Steambot Ayam Tomyam ♥




 







 



BAHAN-BAHAN


2 ekor kerangka ayam [potong kecil]
500 gm ayam [potong kecil]
3 biji tomato (dibelah 4)
2 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya



SOS CILI
Bahan Mesin:
10 tangkai cili kering
1 s/b udang kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 s/b oren sunquick

Bahan Tumis:
minyak
gula
garam



CARA MEMASAK


1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan selama 1 jam.
2. Masukkan dalam stembot pot dan rebuskan dengan chicken ball, fishball, sotong ball, prawnball dan juga apa-apa bahan yg disukai.


SOS CILI:
1. Mesinkan semua bahan dan tumiskan dengan sedikit minyak.
2. Bila telah wangi masukkan gula dn garam.
3. Kacau rata dan bila nampak agak pekat boleh angkat dan hidangkan. 


Nota : Ini resipi dr chef Hanieliza.. minta izin ya chef nak letak resipi ini kat blog Maz... Maz belum cuba resipi ni tp nampak mcm menarik... sengaja letak kat blog sebab suatu hari nk cuba resipi ni...





♥ Soto Daging ♥





BAHAN-BAHAN

Bahan- [anggaran 10 orang makan]
1 kg daging [potong kecil]
nasi impit atau mee/bihun
taugeh [buangkan kakinya]
daun bawang dan daun sup [racikkan]
bawang goreng
air secukupnya
garam
minyak

Bahan tumis:
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
3 cm lengkuas
3 batang serai
3 s/b rempah kurma
1 s/b lada hitam
5 biji buah keras

Kicap Pedas [mesinkan halus]
20 biji cili api
1/2 cawan kicap manis/pekat
2 ulas bawang putih
5 biji jus limau kasturi
garam

Pegedil Daging:
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
200 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng


 CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan daging garam dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga daging lembut.
3. Untuk hidangan masukkan nasi impit atau mee/bihun dan daging serta bahan lain dan sendukkan sup/kuah tadi.
4. Untuk memberikan perisa tambahkan kicap pedas dan pegedil..

Pegedil Daging:
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.

♥ Sambal Kicap Jawa ♥

Bahan-bahan :

cili padi
seulas bawang putih
gula
kicap


Cara :

·  tumbuk cili padi sampai hancur. Masuk bawang putih - tumbuk lagi
·  masukkan gula sedikit dan kemudian masukkan kicap. Siap sedia untuk dimakan dengan tempe goreng bersama nasi panas.
p/s : kalau nak lebih sedap gunakan kicap cap kipas udang yang berperasa LEMAK MANIS. 

♥ Sos Chicken Chop ♥

Bahan-bahan :

1 cawan stok ayam
1 sk lada sulah
1 sb lada hitam
1 ulas b. putih racik halus
sedikit kicap pekat
1 sb besar sos cili
1 sb susu cair/susu segar
garam agal-agak
1 sb tepung jagung (kalau takde, t.gandum pun buleh) + dgn 2 sb. air
sedikit minyak dan 1 sb butter
bawang besar potong dadu

Cara :

·  Panaskan minyak & butter jangan sampai hangus
·  campur semua bahan-bahan kecuali susu dan tepung jagung. masak hingga pekat
·  masukkan susu dan tepung jagung.
·  Kalau nak lagi sedap bubuh le cendawan butang potong halus-halus. kacau & angkat tuang atas chicken chop

♥ Spaghetti Sauce ♥

Bahan-bahan :

500 gm daging lembu cincang
5 ulas bawang putih - dicincang
2 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 tin kecil cendawan butang - dihiris
1 batang celery - dipotong dadu
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
sedikit lada sulah
1 tsp oregano
2 cawan air
2 sudu besar minyak masak

Cara :


·  Tumis bawang pitih hingga kuning.
·  Masukkan daging dan lada sulah, biar hingga daging garing sedikit.
·  Masukkan bawang besar, lobak merah, cendawan, celery dan tumis sekejap.
·  Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, oregano dan air.
·  Bila mendidih kecilkan api dan mendidihkan sehingga pekat.

♥ Sos Sweet & Sour ♥

Bahan-bahan :


2 biji bawang putih dicincang halus
5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili boh atau cili giling
1 biji bawang besar (dipotong bulat-bulat)
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara :

·  panaskan minyak
·  tumiskan bawang putih hingga garing
·  masukkan cili boh dan goreng hingga garing
·  masukkan sos tomato tadi dan kacau rata
·  bila mendidih masukkan bawang besar yg telah dipotong tadi..
·  perasakan dengan bahan-bahan perasa
nota:-

·  kalu rase sos tadi terlampau pekat buleh la dimasukkan sedikit air atau pon nak sos yg lebih pekat masukkan sedikit tepung jagung...

♥ Sos Cili Chef Wan ♥

BAHAN-BAHANNYA

8 batang chili merah dimesin halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 cawan gula halus
¼ cawan air
¼ cawan cuka
4 camca besar sos napla
4 camca besar kacang tumbuk




CARA MEMBUAT :
·  Didalam periuk masak bahan-bahan A sampai pekat umpama sirap gula. Sebelum dihidangkan ditabur kacang tumbuk
·  Sajikan Jejari Udang bersama-sama sedikit daun pudina, tomato dan salad 

♥ Daging Masak Merah ♥



Resipi dari kawan kita di Jepun, Saudari MD. Daging Masak Merah ini kalau dihidangkan dengan Nasi, Sup Sayur sedap nih. Kepada MD terima kasih sudi berkongsi resipi dengan kita semua.

Sumber: MD

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 biji bawang besar dimayang
1 biji cili capsicum hijau (optional)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 batang serai dititik
garam secukup rasa
* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara-caranya
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
3. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
4. Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

♥ Pai Tee ♥

Khamis, April 08, 2010

Sumber : Majalah Rasa MEI 2006




Bahan-bahan (A)

100 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
300 ml air
2 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan-bahan Inti (B)

100 gm sengkuang dihiris halus
100 gm lobak merah dihiris halus
2 biji bawang putih dicincang
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada sulah
100 ml minyak masak



Cara Memasaknya

1. Campur kesemua bahan A dan dikacau hingga sebati. (Saya blend kan saja semuanya) Tapis adunan dan masak menggunakan acuan pie tee (dicelup dalam minyak panas dengan cepat, angkat dan toskan)

2. Tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan kesemua bahan B dan kacau sehingga masak.

3. Angkat dan masukkan inti ke dalam kulit pie tee.

Bahan inti saya

3 batang lobak merah saya grate dengan grater
Kobis dihiris halus
1 cawan udang dibuang kulit dan dipotong kecil2
Lada sulah secukup rasa
Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Membuat

1. Tumis udang sehingga masak, masukkan lobak dan kobis.

2. Masukkan lada sulah dan sos tiram secukup rasa.

3. Masak sehingga sayuran sedikit layu.

4. Boleh masukkan garam jika perlu.

About

Kongsi Resipi