Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

♥ Ayam Masak Merah Wangi ♥

Isnin, November 22, 2010



Sumber : Dayang Jack ..

Komen : Sedap
Minta izin copy paste ye Dayang...

Bahan-bahan :

• 1/2 kilo ayam (digoreng siap)
• 2 helai daun limau purut
• 2 senduk cili kering kisar
• 1 batang kulit kayu manis
• 1 kuntum bunga lawang
• 1 kuntum bunga cengkih
• 1 labu bawang besar (dimayang) - optional
• sos cili
• sos tomato
• sos tiram
• garam dan gula

Bahan-bahan mesin :

• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 3 batang serai
• 1 inci halia
• 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)

3. Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan.

4. Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.





♥ Ayam Goreng Berempah Serai ♥

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sumber : love2cook@myresipi.com tapi aku ubahsuai sedikit mengikut citarasa sendiri.


Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai

---------------------------------------

3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
2-3 sudu madu
garam dan gula secukupnya
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
5 Sudu Tepung jagung


Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati kecuali tepung dan biarkan perap selama 1 jam.


Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.


Gaul tepung jagung bersama ayam yang telah diperap dan masukkan ayam satu per satu ke dalam kuali dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.


Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!


Selamat mencuba! ;)

♥ Ayam Teriyaki ♥

Isnin, Julai 05, 2010

Sunber : Kak Rinn - ubahsuai dr Japanesefood.com





Bahan-bahan:

5 potong dada ayam atau peha ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 sudu teh garam halus

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam di dalam peti sejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

♥ Ayam Bakar Bersama Sos Kuning Marrie ♥

Isnin, Jun 28, 2010



Haa… Salam semua… jom kita cuba resipi rekaan aku ni nak x… Resipi ni aku reka2 ikut citarasa aku dan yang penting anak2 boleh makan sama… Tak best la kan kalau kita makan sorang2.. anak2 tengok ja.. sian la pulak..

Ok masakan ni aku bagi nama Ayam Bakar Bersama Sos Kuning Marrie.. Jom kita selidik bahan-bahan dan cara membuatnya..

Bahan-bahan :-
½ ekor Ayam
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang besar*
4 batang serai*
1 inci halia*
3-4 keping biskut marrie*
1 s/b jintan manis*
½ s/b jintan putih*
½ s/k serbuk cili-boleh tambah kalau nk pedas
½ s/k serbuk lada hitam-boleh tambah kalau nak pedas
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan
2. Kisar bahan bertanda * hingga lumat
3. Masukkan bahan kisar, serbuk cili, serbuk lada hitam, santan kedalam periuk dan masak hingga kuah pekat, perasakan gula dan garam.
4. Keluarkan ayam dan panggang seketika

5. Letak ayam diatas pingan dan curahkan lebihan kuah diatas ayam tadi
6. Sedia untuk dimakan.


♥ Ayam Masak Madu ♥

Sabtu, Jun 26, 2010



Bahan Bahan :
1 Ekor Ayam – digoreng terlebih dahulu
Gula Hangus/Madu
Cili Giling
1/2 botol Sos Cili Ladas
2 labu bawang besar-dimayang
1 batang serai - dititik
Daun kari
Kacang pes
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya.

Bahan Tumis :
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, sehelai daun pandan

Bahan Kisar :
Halia, Bawang Putih & Bawang Besar

Cara-cara :
1.     Panaskan minyak & tumis bahan tumis, masukkan bahan kisar bersama daun pandan dan serai, biar hingga naik garing. 



2.     Masukkan Cili Giling biar hingga naik minyak. 



3.     Masukkan sos cili Ladas, biar hingga masak & naik minyak. 
4.     Masukkan Ayam, kacau rata. 



5.     Masukkan gula hangus/madu sambil kacau ayam. 
6.     Masukkan bawang, kacang pes & daun kari 
7.     Sedia utk hidangan 


KOMEN -  Sedaaap

♥ Ayam Bakar Madu ♥

Khamis, Jun 03, 2010















Bahan-bahan:
2 kilo kepak ayam

Bahan dikisar:
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara menyediakan:

1) Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
2) Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

♥ Soto Ayam ♥

Khamis, Mei 13, 2010

Bahan-bahan : Anggaran untuk 5-6 orang

* ½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
* 300 g nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
* 1 sudu besar rempah serbuk sup Adabi
* 2 sudu besar minyak untuk menumis
* 9 cawan air atau secukupnya
* garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk menumis

* 3 cm kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar

* 4-5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1 cm lengkuas
* 1 batang serai
* 1/2 sudu besar jintan manis
* 1/2 sudu besar jintan putih
* 1 sudu besar ketumbar
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 2 biji buah keras

Bahan sampingan

* sedikit suhun } digoreng
* 1 tangkai daun bawang }dihiris
* 1 tangkai daun sup} dihiris
* 100 g kacang tanah }digoreng
* 100 g taugeh } buangkan ekornya
* sedikit bawang goreng

Cara-cara membuat

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
5. Keluarkan ayam, siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam kuah sup tadi.
6. Ketika menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.

Enak dimakan ketika kuah masih panas.

Sambal Kicap

Bahan-bahan

* 10 biji cili api
* 7 sudu besar kicap manis
* 1 ulas bawang putih

Cara-cara membuat

1. Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.

Begedil

Bahan-bahan

* 500 g kentang
* 150 g daging kisar
* ½ sudu kecil serbuk lada sulah
* ½ gengam bawang goreng
* 1 biji telur
* sedikit daun sup }dimayang
* garam secukup rasa
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat

1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
2. Daging digoreng hingga kering airnya.
3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
5. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.

♥ Nasi Ayam Madu ♥


BAHAN_BAHAN
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunju
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

TUMBUK/KISAR
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MENYEDIAKAN
1) Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
3) Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih,sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

♥ Ayam Masak Merah ♥


BAHAN-BAHAN
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
Sedikit halia-diblender
10 batang lada kering-diblender
1 biji bawang merah-di hiris bulat2
kayu manis,bunga cengkih etc
Sebatang serai-diketuk
2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
1 biji tomato-dibelah 4
Sedikit kacang peas
2 sudu besar tomato puree
Daun ketumbar
Garam,serbuk perasa

CARA MENYEDIAKAN
1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.

About

Kongsi Resipi