♥ Kentang Putar Ala KFC ♥

Ahad, Ogos 01, 2010


Aduh petang ni perut laparlah pulak.. . x tahu nak masak apa untuk anak2.. hubby x da so malas nk ke kedai beli barang.. So aku pun selongkar la kat dapur kawan2 aku.. tetiba aku singgah kat dapur Mas.. ada resipi kentang putar la.. godek2 kat dapur aku semua bahan ada untuk buat kentang putar ni kecuali susu segar.. Alah susu cair ada.. bedal jelah..Terima kasih ya Mass bb kongsi resipi kesukaan anak2 akak.. Minta izin letak kat blog aka ye Mas…



Bahan - bahan sos :
1. 650 ml air
2. 5 sudu besar stok ayam maggi, stok pekat dalam botol @ 2 ketul kiub ayam maggie 
3. 1 biji bawang besar - cincang
4. 1 batang saderi - cincang
5. 40 gm mentega
6. 20 gm tepung gandum
7. 1 sudu besar sos tomato
8. 1 sudu besar sos tiram
9. sedikit serbuk lada hitam
10. kicap pekat


Cara - cara membuat sos :

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.


Bahan Untuk kentang putar :

5-10 ketul ubi kentang
Sedikit susu segar (aku guna susu cair coz x da stok)
Sedikit mentega


Cara :-

Rebus kentang hingga betul2 lembut dan empuk. Lenyek hingga halus, masukkan sedikit susu segar dan mentega. Kacau sebati dan bentukkan bulat, tuang sos atas


0 ulasan:

About

Kongsi Resipi