Memaparkan catatan dengan label Masakan Thailand. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan Thailand. Papar semua catatan

♥ Pes Tom Yam ♥

Jumaat, Jun 25, 2010

Sumber Gambar : Try Masak


BAHAN-BAHAN :
* 15 tangkai cili kering
* 1 s/b udang kering
* 1 s/b belacan
* 1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
* 5 ulas bawang putih
* 10 ulas bawang merah
* 3 batang serai [hiriskan]

* 2 batang serai
* 2 cm lengkuas
* 1 s/b gula melaka

* 1-2 s/b sos ikan
* garam
* 2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng 

CARA :
1.   Mesinkan semua bahan sehingga halus.
2.   Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3.   Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4.   Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing. 


Nota Tambahan
Ia
 akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Atau boleh jugak tgk video ni tp bahan-bahan dia lain la sikit.. Selamat Mencuba..

♥ Daging Ala Thai ♥

Ahad, Mei 23, 2010



Resipi ni Kak Maz dapat dari blog Kak Ina KL. Resipi asal kata Kak Ina dari Zana...zana share resepi ni di Myresepi... Pas tu Kak Ina buat ubah suai sikit katanya… Kak maz x ubah apa2 sebab tgk dah sedap dah.. Minta izin ya Kak Ina KL.. Kak Maz nk letak kat blog Kak Maz ni… Zana pun izinkan ye.. TQ

Bahan-bahan ( 4 orang )

• 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
• 2 ulas bawang putih diketuk
• 1 labu bawang besar dipotong bulat
• 1 sudu besar cili giling
• Sedikit sos tiram
• Sedikit sos ikan (thailand mari)
• Sedikit sos tomato
• Sedikit minyak untuk menumis
• Garam dan gula secukup rasa
• Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
  Kak Ina KL tambah : 1 batang cili merah di potong serong
  1 biji tomato di belah 4
  sedikit halia di tumbuk
  1 sudu makan sos cili

Cara-cara
1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan, sos cili dan sos tomato.
5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris

♥ Sayur Campur Ala Thai ♥

Khamis, Mei 13, 2010

BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong
4 ekor udang
Brokoli
Kubis bunga
Lobak merah
Putik jagung
Cili merah
Cendawan butang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit tepung jagung
Sos tiram

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris, kemudian masukkan sedikit air.
2.Masukkan sotong dan udang, biarkan seketika dan masukkan semua sayur.
3.Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Untuk memekatkan kuah,
bancuhkan sedikit tepung jagung bersama sedikit air.
4.Biarkan sekejap dan angkat.

About

Kongsi Resipi