Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homemade. Papar semua catatan

♥ Kentang Putar Ala KFC ♥

Ahad, Ogos 01, 2010


Aduh petang ni perut laparlah pulak.. . x tahu nak masak apa untuk anak2.. hubby x da so malas nk ke kedai beli barang.. So aku pun selongkar la kat dapur kawan2 aku.. tetiba aku singgah kat dapur Mas.. ada resipi kentang putar la.. godek2 kat dapur aku semua bahan ada untuk buat kentang putar ni kecuali susu segar.. Alah susu cair ada.. bedal jelah..Terima kasih ya Mass bb kongsi resipi kesukaan anak2 akak.. Minta izin letak kat blog aka ye Mas…



Bahan - bahan sos :
1. 650 ml air
2. 5 sudu besar stok ayam maggi, stok pekat dalam botol @ 2 ketul kiub ayam maggie 
3. 1 biji bawang besar - cincang
4. 1 batang saderi - cincang
5. 40 gm mentega
6. 20 gm tepung gandum
7. 1 sudu besar sos tomato
8. 1 sudu besar sos tiram
9. sedikit serbuk lada hitam
10. kicap pekat


Cara - cara membuat sos :

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna). Masukkan juga serbuk lada hitam
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.


Bahan Untuk kentang putar :

5-10 ketul ubi kentang
Sedikit susu segar (aku guna susu cair coz x da stok)
Sedikit mentega


Cara :-

Rebus kentang hingga betul2 lembut dan empuk. Lenyek hingga halus, masukkan sedikit susu segar dan mentega. Kacau sebati dan bentukkan bulat, tuang sos atas


♥ Dulce De Leche ♥


Assalamualaikum semua.. dah lama rasanya aku x update blog ni.. Bz sikit, sebenarnya catatan banyak dah buat dan byk jugak resipi2 yang nk dikongsi Cuma x publish ja lagi…

2-3 hari lepas aku buat ‘dulce de leche’.. rasa terpanggil nk buat sbb tgk kat blog kawan2 teringin gak nk rasa. Resipi ni aku ambil dari blog zana. Cara dia sama gak mcm Zana buat tp aku x kukus.. aku rebus terus susu tuh.

Bahan2nya:

• 1 tin susu pekat manis (sebarang jenama)
• air secukupnya
• periuk kukus (aku guna periuk biasa sbb aku rebus je)

Cara-caranya:

1. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
2. Masukkan tin susu ke dalam periuk. Letak ditengah2 rack. (baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
3. Tutup periuk dan rebus selama 3 jam atau lebih! lagi lama direbus, kaler akan makin gelap. Pastikan air rebusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
4. Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
5. Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.

Aku bagi anak aku si Fahim & Ayuni makan dengan roti tp letak sikit jelah sbb manis sangat... Sukanya si Fahim tu.. esok bangun pagi minta lagi.. "Nak leceh".. katanya...

♥ Penambah Perasa - Bawang Putih Goreng ♥

Rabu, Julai 14, 2010




Kegunaan :-

1. Boleh dimasukkan ke dalam sup sebagai penambah perisa

2. Boleh dimasukkan kedalam bubur nasi / sup untuk baby/steamboat dll

- byk khasiat & berzat

Cara membuat :-

1. Bawang putih - blend tanpa air atau tumbuk atau cincang


2. Goreng bawang putih bersama minyak hingga kuning keemasan.






3. Angkat bawang putih bersama minyak gorengan.


4. Sejukan & Bila sejuk bolehlah disimpan didalam botol.
(blh disimpan hingga berbulan-bulan lamanya pada suhu bilik)


Khasiat Bawang Putih

Antara Khasiat Bawang Putih Adalah:
1 Bawang putih adalah yang terbaik di antara spesies melawan kanser yang lain.
(Profesional perubatan tajam meneliti kesan daripada bawang putih sebagai ubat.)
2 Bawang putih membolehkan Vitamin B1 akan lancar diserap oleh saluran pencernaan.
3 Bawang putih yang paling berkesan dalam mencegah kanser.
4 Dalam jangka pendek, bawang putih sangat efektif melawan kanser kolorektal.
5 Bawang putih membuat sel kanser “bunuh diri”.
6 Bawang putih mencegah trombosis serta otak dan infark miokard.
7 Bawang putih mengurangkan kolesterol jahat drastik.
8 Bawang putih mencegah pembentukan kolesterol jahat.
9 Bawang putih merangsang pembakaran gula dan lemak (kesan melangsingkan).
10 Bawang putih meningkatkan penyerapan protein.
11 Bawang putih aktif mempromosikan perembesan hormon (kesan peremajaan).
12 Bawang putih membunuh semua jenis kuman.
13 Bawang putih meneutralkan racun yang menghasilkan kuman.
14 Bawang putih menekan racun yang menghasilkan kuman.
15 Bawang putih mengaktifkan insulin, kesan positif terhadap diabetes.
16 Bawang putih menguatkan hati.
17 Bawang putih meningkatkan suhu badan dan bertindak sebagai antibiotik.
18 Bawang putih bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

♥ Pes Tom Yam ♥

Jumaat, Jun 25, 2010

Sumber Gambar : Try Masak


BAHAN-BAHAN :
* 15 tangkai cili kering
* 1 s/b udang kering
* 1 s/b belacan
* 1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
* 5 ulas bawang putih
* 10 ulas bawang merah
* 3 batang serai [hiriskan]

* 2 batang serai
* 2 cm lengkuas
* 1 s/b gula melaka

* 1-2 s/b sos ikan
* garam
* 2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng 

CARA :
1.   Mesinkan semua bahan sehingga halus.
2.   Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3.   Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4.   Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing. 


Nota Tambahan
Ia
 akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Atau boleh jugak tgk video ni tp bahan-bahan dia lain la sikit.. Selamat Mencuba..

About

Kongsi Resipi