Dengan Siapa kita Haram Bersalam Dan Bercampur Bg Lelaki Dan Wajib Berhijab Bagi Perempuan

Selasa, Oktober 29, 2013

Salah satu intipati kuliahku pagi tadi di Darul Mustafa... semoga dapat dikongsi bersama.
Carta ini diambil dr salah satu blog (lupa blog mana). Terima kasih kepada  pemiliknya..

♥ Fadhilat Bulan Rejab Syahrullah ♥

Isnin, Mei 21, 2012






Rasullullah S.A.W bersabda :
 “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya seyahun perjalanan)”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya seyahun perjalanan)”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap, hari ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya didalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Siritilmustaqim”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 5 hari dalam bulan Rejab, aman daripada azab kubur”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 6 hari dalam bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab, akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab, akan dibuka baginya 8 pintu Syurga”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 9 hari dalam bulan Rejab,keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga ”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 10 hari dalam bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 10 hari dalam bulan Rejab, akan dijadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab, adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab, akan dapat melihat wajah Allah didalam Syurga dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai  Nabi Ibrahim dan nabi Adam.”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur).”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa pada bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas  dari dahaga pada hari Kiamat”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Puasa pada awal bulan Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya.”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti.”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Seeiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.”

Rasullullah S.A.W bersabda :
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

SESUNGGUHNYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG KEPADA SEJAUH MANA KITA MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MEGIKUT LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASULLULLAH S.A.W

Aktiviti Baru - Biz pakaian baby dan Kanak-kanak

Khamis, Januari 05, 2012


Oops lari tajuk la plak.. tak pa lah.. Kat sini aku nk promote pakaian baby dan kanak-kanak yang aku dgn kawan-kawan jual. Saja berbiz plak... mana tau ada rezeki kan.. Lau kawan-kawan nk tgk n beli pakaian kanak2.. sila klik SINI atau sini SINI ya

Antara koleksinya :











Dari hari ke hari kami akan tambah koleksi kami....

♥ Kek Prune Kukus ♥

Selasa, Disember 27, 2011

Sumber: Arlina Umar

Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri (aku guna 2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1 cawan gula (aku letak ¾ cawan ja)
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air lebih kurang 2 camca besar air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)- SunSweet.
5 biji telur
1 sudu teh ovallette

Sedikit pewarna kuning (aku tambah)

Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan ovallette dan putar lagi
4. Masukkan prune yg telah dikisar dan putar lagi
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.




Cadangan Hiasan
1. Susun sahaja buah prune tu keliling atas kek tersebut.
2. Kalau hendakkan lebih cantik boleh diletak topping cream cheese dan hias dengan walnut @ parutkan choc oren/choc color.
3. Dapatkan bunga icing (yang buat guna fondant/sugar paste) dari kedai bahan

♥ Puteriku Riaayahtul Qhadhilah ♥

Sabtu, Oktober 08, 2011


Lahirnya Puteriku .. 15hb September 2011



1 Hari










♥ Khasiat Kurma ♥

Rabu, Ogos 03, 2011





Kelebihan Buah Kurma (Tamar)

1. Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.


2. Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.


3. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.


4. Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain.


5. Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.



6. Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

7. Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.


8. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.


9. Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.


10. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.



11. Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

12. Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.



KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".


Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.


Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :


"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.




Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.



Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.



Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.



Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :



"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)


Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.



Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

♥ Udang Goreng Kunyit ♥

Rabu, Jun 08, 2011



Malam ni aku masak simple ja.. Ini permintaan hubbyku..jom kita skodeng resipinya.. cepat, pantas dan sedap..

Bahan-bahan
• sedikit udang kecil
• sedikt udang sederhana besar
• 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
• 1/2 sudu kecil garam
• ½ sudu gula
• 1/2 biji bawang besar
• 1 biji cili merah
• 3 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing dan masukkan gula.
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili merah yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!

About

Kongsi Resipi