♥ Penambah Perasa - Bawang Putih Goreng ♥

Rabu, Julai 14, 2010




Kegunaan :-

1. Boleh dimasukkan ke dalam sup sebagai penambah perisa

2. Boleh dimasukkan kedalam bubur nasi / sup untuk baby/steamboat dll

- byk khasiat & berzat

Cara membuat :-

1. Bawang putih - blend tanpa air atau tumbuk atau cincang


2. Goreng bawang putih bersama minyak hingga kuning keemasan.






3. Angkat bawang putih bersama minyak gorengan.


4. Sejukan & Bila sejuk bolehlah disimpan didalam botol.
(blh disimpan hingga berbulan-bulan lamanya pada suhu bilik)


Khasiat Bawang Putih

Antara Khasiat Bawang Putih Adalah:
1 Bawang putih adalah yang terbaik di antara spesies melawan kanser yang lain.
(Profesional perubatan tajam meneliti kesan daripada bawang putih sebagai ubat.)
2 Bawang putih membolehkan Vitamin B1 akan lancar diserap oleh saluran pencernaan.
3 Bawang putih yang paling berkesan dalam mencegah kanser.
4 Dalam jangka pendek, bawang putih sangat efektif melawan kanser kolorektal.
5 Bawang putih membuat sel kanser “bunuh diri”.
6 Bawang putih mencegah trombosis serta otak dan infark miokard.
7 Bawang putih mengurangkan kolesterol jahat drastik.
8 Bawang putih mencegah pembentukan kolesterol jahat.
9 Bawang putih merangsang pembakaran gula dan lemak (kesan melangsingkan).
10 Bawang putih meningkatkan penyerapan protein.
11 Bawang putih aktif mempromosikan perembesan hormon (kesan peremajaan).
12 Bawang putih membunuh semua jenis kuman.
13 Bawang putih meneutralkan racun yang menghasilkan kuman.
14 Bawang putih menekan racun yang menghasilkan kuman.
15 Bawang putih mengaktifkan insulin, kesan positif terhadap diabetes.
16 Bawang putih menguatkan hati.
17 Bawang putih meningkatkan suhu badan dan bertindak sebagai antibiotik.
18 Bawang putih bertindak sebagai antioksidan yang kuat.

AWAS PENIPUAN KAD KREDIT MELALUI TELEFON !!!!




Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.



Jangan dedahkan apa-apa maklumat !!.


Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank anda sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat. Sekiranya ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui. Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui Internet


Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda. Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.


Jangan sesekali dedahkan Nama di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.


Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda. Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad. Jangan sesekali dedahkan.


http://en.wikipedia.org/wiki/Card_Security_Code


Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.


(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.


(2) Jangan dedahkan maklumat anda. Anda boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.


(3) Segera laporkan kepada bank anda. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.


(4) Sampaikan email ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya usaha penipuan ini.


Maklumat di Internet

♥ Ayam Teriyaki ♥

Isnin, Julai 05, 2010

Sunber : Kak Rinn - ubahsuai dr Japanesefood.com





Bahan-bahan:

5 potong dada ayam atau peha ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
3 inci halia, diparut
3 biji bawang putih, diparut
1 sudu teh garam halus

Cara-cara :

1. Gaul semua bahan dan perap lebih kurang sejam di dalam peti sejuk.
2. Panaskan non-stick pan dan panggang. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam.
3. Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi likat.

♥ Sagu Gula Melaka ♥

Khamis, Julai 01, 2010

Tadaaaa... ini dia sagu gula melaka yang aku 'cedok' resipinya dari dapur Nuanza... Terima kasih Nuanza... Saja suka-suka aku buat 2 warna.. sedap dan cepat dimasak... Untuk simpanan aku, aku letak la jugak resipinya kat sini...

Bahan-bahan

1 ¾ cawan sagu (biji)
3 ½ cawan air
2 keping gula melaka / 1 cawan gula merah
1 cawan santan pekat / RM1 santan pekat/1 kotak santan
2-3 helai daun pandan

Cara:

Untuk Kuih Sagu
1. Masukkan air di dalam periuk bersama 2-3 titis sirap ros/lain2 pewarna dan biar air mendidih
2. Masukkan sagu dan terus kacau untuk elak sagu melekat di periuk
3. Kacau sampai sagu kembang dan jernih
4. Angkat sagu, letakkan dalam bekas penapis dan basuh dibawah air mengalir untuk membuang lendirnya.
5. Masukkan ke dalam acuan / loyang
6. Simpan dalam peti ais untuk untuk sejukkannya.

• Kalau nk buat byk warna ulang proses diatas

Untuk Air Gula Melaka
1. Hancurkan gula dan masak dengan air secukupnya- masuk daun pandan dan biar hingga agak pekat
2. Simpan juga dalam peti ais untuk sejukkannya

Utk Santan:
1. Masak santan atas api yg kecil + secubit garam
2. Biarkan mendidih sekejap (sentiasa kacau), dan terus tutup api

So bila semua dah sejuk bolehlah hidangakan sagu bersama air gula melaka + santan secukupnya..


Ini lah dia rupanya... Jemput makan semua..




About

Kongsi Resipi