Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

♥ Nasi Ayam Madu ♥

Khamis, Mei 13, 2010


BAHAN_BAHAN
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunju
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

TUMBUK/KISAR
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MENYEDIAKAN
1) Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
3) Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih,sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

♥ Nasi Paprik ♥

BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

CARA MENYEDIAKAN
• Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
• Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
• Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

♥ Nasi Ayam Claypot ♥

BAHAN-BAHAN (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

BAHAN-BAHAN (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN
• Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
• Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
• Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

♥ Nasi Dagang ♥


BAHAN-BAHAN
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN
• Didihkan air didalam periuk kukusan
• Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
• Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
• Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
• Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
• Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
• Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

BAHAN A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

BAHAN B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN
• Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
• Pijarkan minyak di dalam periuk
• Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
• Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
• Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
• Masukkan santan pekat dan asam gelugor
• Bila mendidih masukkan gula merah
• Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
• Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

CARA MENYEDIAKAN
• Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
• Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
• Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

♥ Nasi Bukhari Ayam ♥

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

CARA MENYEDIAKAN
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

♥ Nasi Minyak Berkismis ♥

BAHAN-BAHAN
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1) Bersihkan beras dan toskan airnya.
2) Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
3) Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4) Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5) Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.

About

Kongsi Resipi