♥ Pucuk Paku Goreng Belacan ♥

Jumaat, Mei 28, 2010


Hai semua.. hari ini Kak Maz cuti... hubby pun ada kat rumah.. tak tahu nk masak apa so Kak Maz cuba masak pucuk paku goreng belacan sebagai salah satu menu tengahari ini... Mana tau boleh mengubah selera kan... ok ini ada Kak Maz letakkan resipinya.. kepada sesiapa yang nk mencuba resipi yang ringkas ni cubalah...

Bahan-bahan (untuk 2 orang)

1 ikat pucuk paku (RM1)
seulas bawang merah *
seulas bawang putih*
sebiji cili merah*
sedikit udang kering*
sedikit belacan*
1 sudu teh sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuat
1. Basuh dan potong pucuk paku dan ketepikan
2. Kisar bahan2 yang bertanda *
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
4. Masukkan pucuk paku dan soso tiram
5. Masukkan gula/garam secukup rasa 
6. Kacau dan bila masa, angkat dan hidangkan.

♥ Daging Ala Thai ♥

Ahad, Mei 23, 2010



Resipi ni Kak Maz dapat dari blog Kak Ina KL. Resipi asal kata Kak Ina dari Zana...zana share resepi ni di Myresepi... Pas tu Kak Ina buat ubah suai sikit katanya… Kak maz x ubah apa2 sebab tgk dah sedap dah.. Minta izin ya Kak Ina KL.. Kak Maz nk letak kat blog Kak Maz ni… Zana pun izinkan ye.. TQ

Bahan-bahan ( 4 orang )

• 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
• 2 ulas bawang putih diketuk
• 1 labu bawang besar dipotong bulat
• 1 sudu besar cili giling
• Sedikit sos tiram
• Sedikit sos ikan (thailand mari)
• Sedikit sos tomato
• Sedikit minyak untuk menumis
• Garam dan gula secukup rasa
• Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
  Kak Ina KL tambah : 1 batang cili merah di potong serong
  1 biji tomato di belah 4
  sedikit halia di tumbuk
  1 sudu makan sos cili

Cara-cara
1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
3. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan, sos cili dan sos tomato.
5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris

MICROWAVE OH MICROWAVE...

Ahad, Mei 16, 2010

Salam semua rakan2 blog... Maz nk minta tolong blh x... ada sapa2 yang guna microwave mcm gini x... microwave biasa ja tp ada fungsi grill... MASALAH Maz disini... BUKU MANUAL dah hilang.. so susah la Maz nk buat rujukan cara guna dia... tolong ye rakan blg.. kalau ada kasi tau...

♥ Sayur Campur Ala Thai ♥

Khamis, Mei 13, 2010

BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong
4 ekor udang
Brokoli
Kubis bunga
Lobak merah
Putik jagung
Cili merah
Cendawan butang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit tepung jagung
Sos tiram

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris, kemudian masukkan sedikit air.
2.Masukkan sotong dan udang, biarkan seketika dan masukkan semua sayur.
3.Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Untuk memekatkan kuah,
bancuhkan sedikit tepung jagung bersama sedikit air.
4.Biarkan sekejap dan angkat.

♥ Soto Ayam ♥

Bahan-bahan : Anggaran untuk 5-6 orang

* ½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
* 300 g nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
* 1 sudu besar rempah serbuk sup Adabi
* 2 sudu besar minyak untuk menumis
* 9 cawan air atau secukupnya
* garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk menumis

* 3 cm kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar

* 4-5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 1 cm lengkuas
* 1 batang serai
* 1/2 sudu besar jintan manis
* 1/2 sudu besar jintan putih
* 1 sudu besar ketumbar
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 2 biji buah keras

Bahan sampingan

* sedikit suhun } digoreng
* 1 tangkai daun bawang }dihiris
* 1 tangkai daun sup} dihiris
* 100 g kacang tanah }digoreng
* 100 g taugeh } buangkan ekornya
* sedikit bawang goreng

Cara-cara membuat

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
5. Keluarkan ayam, siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam kuah sup tadi.
6. Ketika menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.

Enak dimakan ketika kuah masih panas.

Sambal Kicap

Bahan-bahan

* 10 biji cili api
* 7 sudu besar kicap manis
* 1 ulas bawang putih

Cara-cara membuat

1. Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.

Begedil

Bahan-bahan

* 500 g kentang
* 150 g daging kisar
* ½ sudu kecil serbuk lada sulah
* ½ gengam bawang goreng
* 1 biji telur
* sedikit daun sup }dimayang
* garam secukup rasa
* minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat

1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
2. Daging digoreng hingga kering airnya.
3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
5. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.

♥ Mee Jawa ♥

BAHAN-BAHAN
300 gm mee kuning (dicelur)
100 gm tauge
200 gm udang
200 gm daging (dihiris)
100 gm sawi (dihiris)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris)
1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilecek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak

CARA MENYEDIAKAN
Panaskan minyka masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan.

♥ Ikan Tiga Rasa ♥


BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

BAHAN SOS
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

BAHAN-BAHAN HIASAN
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

CARA PENYEDIAAN
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dan kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Ini pun koleksi resipi online... dr Chef Liza jugak..

♥ Laksa lebih putih ♥

BAHAN:

Asam keping
Semangkuk air





CARA-CARA:
1. Mula-mula, rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air.
2. Biarkan semalaman.
3. Keesokan harinya, bolehlah anda rebuskan laksa tersebut seperti biasa.

♥ Mee Bandung Muar ♥

BAHAN-BAHAN
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)


NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.


CARA PENYEDIAAN
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

CARA MENGHIDANG
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan. [Koleksi Resepi Masakan]

• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

♥ Nasi Ayam Madu ♥


BAHAN_BAHAN
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunju
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa

TUMBUK/KISAR
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MENYEDIAKAN
1) Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
3) Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.
4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih,sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak).

♥ Ikan Kukus Serai ♥

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

BAHAN HIRIS
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

CARA MENYEDIAKAN
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih

♥ Karipap Pusing ♥


BAHAN-BAHAN

½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

CARA MENYEDIAKAN
1. Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
2. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

UNTUK MEMBUAT INTI
1. Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
2. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
3. Sedia utk membuat karipap.

Tips tambahan:
1. Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
2. Mentega juga poleh digunakan.

♥ Nasi Paprik ♥

BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
2 biji limau kasturi - diambil jusnya
5 helai daun limau purut - carik-carikkan
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

CARA MENYEDIAKAN
• Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
• Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
• Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
• Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

♥ Laksa Johor ♥

BAHAN-BAHAN
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

CARA MENYEDIAKAN
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

UNTUK ULAM
Taugeh
Daun kesom & Daun selasih
lobak asin
sambal belacan
timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus -
(bukan seperti buat laksa asam)
Limau kasturi

♥ Laksa Penang ♥


BAHAN-BAHAN
Laksa beras

BAHAN KUAH LAKSA
1. 1 kg ikan kembung
2. 3-4 ulas asam keping
3. 1/2 labu bawang besar
4. 7-10 ulas bawang merah
5. 5-6 ulas bawang putih
6. 10-12 sudu makan cili giling
7. 1/2 cawan air asam jawa dan 2-3 asam keping
8. 3 cm belacan
9. Segenggam daun kesum
10. 1 batang bunga kantan
11. Garam secukup rasa

BAHAN ULAM
1, 1 biji cili merah - dihiris
2. 1 biji cili hijau - dihiris
3. 1/2 labu bawang besar - dihiris
4. 5-6 biji cili padi - dihiris
5. 1/2 biji nanas - dihiris
6. 1 batang timun - dihiris memanjang
7. 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua
8. 4-5 helai daun salad - dihiris
9. Sedikit daun pudina
10. Petis udang@otak udang

CARA MENYEDIAKAN
1. *Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam, kemudian direbus sampai dan ditoskan.
2. *Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam, kemudian asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi.
3. Ikan rebus diperisikan lalu dikisar, kemudian campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Kisarkan bawang merah, bawang putih, bawang besar, bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi, kemudian panaskan periuk.
5. Masukkan cili giling dan belacan, lalu masukkan air asam jawa.
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan, kacau perlahan-lahan. Masak hingga mendidih dan rasa secukup rasa.
7. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulaman

♥ Nasi Ayam Claypot ♥

BAHAN-BAHAN (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

BAHAN-BAHAN (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

CARA MENYEDIAKAN
• Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
• Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
• Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

♥ Nasi Dagang ♥


BAHAN-BAHAN
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN
• Didihkan air didalam periuk kukusan
• Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
• Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
• Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
• Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
• Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
• Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

BAHAN A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

BAHAN B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MENYEDIAKAN
• Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
• Pijarkan minyak di dalam periuk
• Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
• Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
• Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
• Masukkan santan pekat dan asam gelugor
• Bila mendidih masukkan gula merah
• Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
• Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

CARA MENYEDIAKAN
• Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya.
• Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa.
• Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

♥ Spaghetti Seafood ♥

BAHAN-BAHAN
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1) Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
2) Masukkan udang dan sotong.
3) Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
4) Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
5) Hiaskan dengan daun parsley.

♥ Nasi Bukhari Ayam ♥

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan minyak sapi/mentega
1/2 cawan kismis hitam
1/4 cawan air mawar
1 cawan krim
1 biji asam limau
2 sudu kecil koma-koma
3 sudu besar rempah bukhari
3 biji bawang besar - dihiris nipis
10 biji bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
2 batang serai - dikisar
8 keping ayam - digoreng membal
8 helai daun pandan - diikat
1 cawan bawang goreng - dikisar
4 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmati - dicuci dan ditoskan
Garam secukup rasa
Daun ketumbar untuk hiasan
Beberapa keping rempah penumis (kayu manis, buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih)

CARA MENYEDIAKAN
1) Panaskan minyak sapi dan layukan bawang besar bersama-sama bahan-bahan yang dikisar. Lalu masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih serta daun pandan.Biarkan hingga kekuningan.
2) Masukkan ayam goreng membal bersama-sama rempah bukhari dan buah tomato. Masukkan air, bawang goreng kisar, krim, beras basmati dan sedikit air masakkan ayam sampai empuk dan kuahnya hampir kering.
3) Masukkan stok ayam, didihkan semula tuangkan nasi dan masakkah umpama menyediakan nasi. Apabila nasi mula kering barulah dituangkan air mawar, dikacau dan ditanak selama 5 minit lagi.

♥ Rendang Daging ♥


BAHAN-BAHAN
1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk]
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam

BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja.

Resipi ni Maz dapat dari E-mail koleksi resipi gak.. tp kat gambar tulis Hinieliza.. kalau dar Chef Hanieliza.. Maz minta izin masukkan dalam blog Maz ya Chef..

♥ Nasi Minyak Berkismis ♥

BAHAN-BAHAN
700 gram beras
100 gram bawang besar dihiris
50 gram halia dihiris
50 gram bawang putih dihiris
30 gram daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
300 gram susu segar
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1) Bersihkan beras dan toskan airnya.
2) Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih bersama kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan.
3) Masukkan beras ke dalam periuk tumisan, kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
4) Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan.
5) Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan, taburkan kismis di atasnya.

♥ Nasi Dhal Bermajerin ♥

BAHAN-BAHAN

2 tin susu beras basmati (direndam selama 20 minit)
¾ cawan dal kacang kuda (direndam selama 30 minit)
Sedikit badam dan gajus
¾ tin susu cair carnation
1 ¼ tin air
1 cube ayam
2 biji bawang (di mayang)
6 batang lobak kecil (dipotong ikut suka)
1 cawan majerin yang dicairkan dicampur dengan minyak sayuran
1 sudu makan halia yang dikisar
½ sudu makan lada puteh
Sedikit cengkih, kayu manis, buah pelaga
Beberapa helai daun ketumbar
2 batang serai di titik
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN
1) Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan 2 biji bawang yang di mayang, cengkih, kayu manis, buah pelaga, halia kisar, bawang putih kisar dan lada putih, badam dan gajus
2) Apabila agak wangi masukkan beras, kacang dal, lobak, susu cair, stock ayam dan air
3) Di gaul kesemuanya dan ditutup periuk hingga nasi masak.

♥ Kueh Cakoi ♥


BAHAN-BAHAN
1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul dipermukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

♥ Rinnchan's Style Wok Noodles ♥

BAHAN-BAHAN
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn
1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur

CARA MENYEDIAKAN
1) Panaskan kuali dan tumis bawang putih dgn sedikit minyak.
2) Masukkan lada putih dan lada hitam.
3) Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
4) Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
5) Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan
garam dan gula.
6) Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit.

♥ Siakap Sweet Sour ♥


BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN-BAHAN SOS
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

CARA MENYEDIAKAN
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
    Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

♥ Mee Hailam ♥

BAHAN-BAHAN
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

CARA MENYEDIAKAN
1) Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
2) Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
3) Masukkan sayur2an dan mee.

♥ Ayam Masak Merah ♥


BAHAN-BAHAN
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
Sedikit halia-diblender
10 batang lada kering-diblender
1 biji bawang merah-di hiris bulat2
kayu manis,bunga cengkih etc
Sebatang serai-diketuk
2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
1 biji tomato-dibelah 4
Sedikit kacang peas
2 sudu besar tomato puree
Daun ketumbar
Garam,serbuk perasa

CARA MENYEDIAKAN
1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.

♥ Rendang Tok ♥

BAHAN-BAHAN
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
3 s/b gula merah
3 keping asam keping
Daun kunyit [koyakkan]
garam

BAHAN KISAR
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b jintan putih
1 s/b lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat.
5. Hidangkan.

♥ Kerabu Mangga ♥

Salam semua rakan2.. resipi hari ni semuanya Maz ambil dr E-Mail Maz.. dr Koleksi Resipi Online... byk yang belum dicuba.. cuma Maz masukkan dulu untuk kumpul...


Bahan-bahan:
1 biji mangga muda ]
1 batang carrot ] parut/sagat
1 batang timun  ]
3 s/b sos ikan
5 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/k garam
1 s/k gula
ikan bilis garing dan kacang goreng [ikut suka]

Bahan hiris
5 tangkai lada merah
1 bunga kantan
5 tangkai lada hijau
10 tangkai cili api
2 pokok daun ketumbar

Cara menyediakan:
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali ikan bilis dan kacang.
2. Masukkan dalam pinggan hidangan.
3. Bila nak makan baru taburkan ikan bilis dan kacang goreng.


♥♥♥ SELAMAT HARI IBU ♥♥♥

Ahad, Mei 09, 2010


SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA TEMAN2 YANG BERGELAR IBU...
Harap kawan-kawan ambillah gift ni sempena ingatan dihari ibu..

♥ Kerabu Lobak Merah Dgn Udang ♥

Selasa, Mei 04, 2010


BAHAN-BAHAN:
500 gm udang putih (sederhana)
1 biji lobak merah
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar gula melaka
6 tangkai cili padi
1 sudu besar sos ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit kacang gajus
Sedikit kacang goreng
Sedikit udang kering

CARA MENYEDIAKAN
1. Celur udang yang telah dibuang kulit hingga masak.
2. Hiriskan lobak merah dan bawang merah serta bawang putih. Tumbukkan cili padi, gula, udang kering dan kacang goreng hingga hancur dan halus.
3. Campurkan dengan sos ikan, jus limau dan gaul sebati.

♥ Kerabu Kerang Dgn Pucuk Paku ♥

Jom kita try buat kerabu plak... Maz pun x ingat Maz ambik kat mana resipi ni.. kalau ada sapa2 tuan punya resipi ni Maz minta izin masukkan ke dalam blog Maz ya...



BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk paku - celur
½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus
2 sudu besar kecil kerisik
3 ulas bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Siang pucuk paku dan celur. Begitu juga tauge dan kerang.
2. Masukkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk dan gaul rata.
Hidangkan.

♥ Pelbagai Petua ♥

Entah laman web mana Maz godek-godek dapat petua2 yang berguna ni untuk dikongsi bersama. Jadi Maz masukkan dalam blog ni.. Harap kawan2 dapat manfaat dari petua2 ini ya...

Ulam Kekal Rangup 

Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.



Tauhu goreng lebih enak

Bahan-bahan
1. Tauhu
2. Santan

Cara-cara
1. Campurkan sedikit serbuk perasa di dalam santan.
2. Kemudian, rendamkan tauhu di dalam santan tersebut.
3. Biarkan selama 10 minit.
3. Biarkan selama 10 minit.



Tauhu kekal segar  

Cara 1

Bahan-bahan
Tauhu
Garam

1. Cuci dahulu tauhu seperti biasa.
2. Kemudian, lumurkan garam ke seluruh permukaan tauhu.
3. Simpan ia di dalam peti sejuk.
4. Tauhu yang disimpan, akan bertahan lebih lama malah rasanya tidak akan masam.

Cara 2

Bahan-bahan
Limau Nipis
Tauhu
Semangkuk Air

1. Mula-mula, masukkan tauge ke dalam semangkuk air.
2. Kemudian, perahkan limau nipis ke dalam mangkuk tersebut.
3. Gaulkan sehingga sebati.
4. Simpan di dalam peti sejuk. Tauge yang disimpan akan bertahan lebih lama.


Tauge kekal segar  
Bahan-bahan
Sekeping Asam keping
Semangkuk air

Cara
1. Mula-mula, masukkan tauge ke dalam semangkuk air.
2. Kemudian, letakkan sekeping asam gelugur di dalam mangkuk tersebut.
3. Simpan di dalam peti sejuk.
4. Tauge yang disimpan akan bertahan lebih lama dan tidak lembik.


Membersihkan kerang   
Cara
1. Mula-mula, campurkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air basuhan kerang.
2. Cuci beberapa kali sehingga ia bersih.
3. Hasilnya, kotoran mudah hilang dan kulit kerang menjadi lebih bersih


Cara mengupas bawang  


Cara
1. Mula-mula, rendamkan dahulu bawang yang hendak dikupas di dalam air.
2. Biarkan seketika.
3. Setelah itu, bolehlah dikupas seperti biasa. Kerja mengupas bawang akan menjadi lebih mudah.



♥ Daging Dendeng ♥

Ahad, Mei 02, 2010

Hari ini saja ambil cuti... teman hubby kat rumah...Terasa nk buat dendeng untuk hubby.. blh bawak bekal sekali sebab dendeng ni blh tahan lama dalam 4-5 hari...Resipi ni Maz reka-reka sendiri mengikut citarasa keluarga..


Bahan-Bahan :


Bahan A
1 kg daging
Garam secukup rasa
Asam keping/Air Asam Jawa
Gula Merah
Gula 
Sedikit kicap lemak manis cap kipas udang
Minyak untuk menggoreng


Bahan B (Kisar)
5-6 ulas bawang besar 
5-6 ulas bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil jintan manis
5 tangkai cili merah (blh tambah kalau nk pedas)
10 tangkai cili kering


                                              Bahan-bahan kisar
Cara Membuat :
Dendeng ni cara membuatnya ada byk step dan perlukan sedikit kesabaran..


1. Untuk daging
   => Potong daging besar2 dan cuci bersih
   => Rebus daging bersama sedikit garam hingga empuk
   => Keluarkan daging dan hiris daging nipis-nipis dan tumbuk. 
   => Simpan air rebusan daging.
   => Panaskan minyak di dalam kuali
   => Goreng daging yang telah ditumbuk tadi sebentar.
   => Angkat dan ketepikan
   => Simpan minyak gorengan tadi untuk menumis kuah.



    Daging rebus yang telah ditumbuk    Daging yg telah siap digoreng

2. Untuk Kuah
   => Kisar bahan B hingga lumat
   => Didlm kuali yg sama tumis bhn2 yg tlh dikisar tadi hingga naik minyak.
   => Masukkan gula merah, gula, garam dan kicap.
   => Biarkan ia mereneh
   => kemudian masukkan asam keping dan daging. 
   => Masukkan air rebusan daging.
   => Perlahankan api dan biarkan hingga kuah tadi kering. 
   => Sekali-sekala kacau supaya kuah tidak hangit.
   => Bila dah naik minyak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Cadangan hidangan :
=> Boleh dimakan bersama nasi impit, nasi, ketupat dan roti.... sedap.



About

Kongsi Resipi