♥ Ayam Bakar Madu ♥

Khamis, Jun 03, 2010















Bahan-bahan:
2 kilo kepak ayam

Bahan dikisar:
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara menyediakan:

1) Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
2) Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

1 ulasan:

JaSSNaNi berkata...

salam.. maz... nampak kepak ayam madu lak.. sedap nih.. terus lapo perut ni.. nak rehat lagi 30 mnt.. muahahahah.. tak tahan dolat dah ni.. :)

About

Kongsi Resipi