♥ Sambal Hitam Ikan Tongkol ♥

Jumaat, Jun 25, 2010



BAHAN-BAHAN :

Bahan  Ikan

* Seekor ikan tongkol
* Sedikit serbuk kunyit
* Garam

Bahan Sambal

* 15 tangkai cili kering  - dikisar
* 2 ulas bawang putih - dikisar
* 1 ulas bawang besar - dikisar
* 1 s/b gula /secukup rasa
* air asam jawa
* garam
* 3-4 sudu besar kicap manis adabi

Minyak untuk menggoreng  

CARA :
1.   Bersihkan ikan dan potong ikan mrnjadi ketulan.
2.    Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam dan perapkan sementara.
3.   Goreng ikan dan ketepikan.
4.   Tumis bahan kisar didalam kuali (boleh guna minyak ikan tadi). 
5.   Masak hingga naik minyak
6.   Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
7.   Masukkan kicap manis adabi. Kacau rata.
8.   Masukkan ikan yang telah digoreng tadi kedalam sambal dan biarkan seketika.
9.   Bila sudah pekat dan kuahnya bersalut dengan ikan, angkat dan hidangkan.

0 ulasan:

About

Kongsi Resipi