♥ Fadhilat Rejab ♥

Isnin, Jun 14, 2010

Kepada Kawan2 blogger.. diucapkan selamat menyambut bulan Rejab.... Semoga anda semua dapat manfat dari bulan ini.. Amin.. bersama kita renungkan segala Fadhilat pada bulan Rejab...


FADHILAT REJAB


* Rasulullah S.A.W bersabda : “Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga”

* Rasulullah S.A.W bersabda : “Puasa tiga hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka.” (Panjangnya parit setahun perjalanan).

* Rasululalh S.A.W bersabda : “ Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya.”

* Rasulullah S.A.W bersabda : “Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

* Rasululalh S.A.W bersabda : “Puasa tujuh hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya tujuh pintu neraka”

* Rasulullah S.A.W bersabda : “Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kedukaan orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam Janatul Firdaus”

* Rasululalah S.A.W bersabda : “Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga) seperti berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajat di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas Siratulmustaqim.”

NOTA : Segala khasiat yang diperturunkanoleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.
 

 

0 ulasan:

About

Kongsi Resipi