♥ Ayam Bakar Bersama Sos Kuning Marrie ♥

Isnin, Jun 28, 2010



Haa… Salam semua… jom kita cuba resipi rekaan aku ni nak x… Resipi ni aku reka2 ikut citarasa aku dan yang penting anak2 boleh makan sama… Tak best la kan kalau kita makan sorang2.. anak2 tengok ja.. sian la pulak..

Ok masakan ni aku bagi nama Ayam Bakar Bersama Sos Kuning Marrie.. Jom kita selidik bahan-bahan dan cara membuatnya..

Bahan-bahan :-
½ ekor Ayam
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang besar*
4 batang serai*
1 inci halia*
3-4 keping biskut marrie*
1 s/b jintan manis*
½ s/b jintan putih*
½ s/k serbuk cili-boleh tambah kalau nk pedas
½ s/k serbuk lada hitam-boleh tambah kalau nak pedas
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan
2. Kisar bahan bertanda * hingga lumat
3. Masukkan bahan kisar, serbuk cili, serbuk lada hitam, santan kedalam periuk dan masak hingga kuah pekat, perasakan gula dan garam.
4. Keluarkan ayam dan panggang seketika

5. Letak ayam diatas pingan dan curahkan lebihan kuah diatas ayam tadi
6. Sedia untuk dimakan.


♥ Sambal Budu & Ulam Kobis Rebus ♥

Mmmmm nyam nyam... ini juadah pembuka selera.. aku buat budu berulamkan kobis rebus. Mulanya x tahu gak nk makan kobis rebus ni buat ulam.. pas tu bila dah kawin keluarga mak mertua perkenalkan.. mcm pelek ja.. tapi bila makan... fuh.. blh tahan gak... blh buat ulam masa emergency (kalau dah x da ulam lain dah) untu tetamu.. Jom kita tgk resipi yang serba ringkas ni k...

♥ Sambal Budu ♥

Bahan-Bahan:
4 sudu besar budu or agak2 lah ye..
1 biji tomata - dimayang
2 ulas bawang merah or aku guna bawang besar je.. - dimayang
sebiji cili merah-dimayang
5-6 biji cili padi, kalau nk pedah boleh tambah-dimayang
1 biji limau kasturi-ambil jusnya

Cara :
1. Campur semua bahan diatas dan gaul hingga sebati.
2. Siap untuk dimakan


















Ok untuk ulam kobis ni pulak senang ja...

♥ Kobis Rebus ♥

Bahan-bahan :
1/4 Kobis
Garam halus
Air untuk merebus

Cara :
1. Ambil kobis dan relaikan kobos menjadi kepingan besar
2. Rebus kepingan kobis bersama dengan garam & air hingga lembut
3. Angkat kobis bersama air rebusan (supaya kobis x kering)
4. Sedia untuk dimakan bersama sambal budu

♥ Air Sirap Selasih 100 PLUS ♥

Ahad, Jun 27, 2010

Ok air ini ialah air ciptaan aku.. kita tengok macam mana nk buat air sirap selasih PLUS ni…

Bahan-bahan :
1.      Sirap ros/kodial ros (agak2)
2.      Biji selasih yang telah direndam hingga kembang terlebih dahulu
3.      Air 100 Plus
4.      Air Masak
5.      Ais kiub

Cara :
Campur semua bahan-bahan diatas didalam jar… kacau dan sedia untuk diminum.


♥ Ayam Masak Madu ♥

Sabtu, Jun 26, 2010



Bahan Bahan :
1 Ekor Ayam – digoreng terlebih dahulu
Gula Hangus/Madu
Cili Giling
1/2 botol Sos Cili Ladas
2 labu bawang besar-dimayang
1 batang serai - dititik
Daun kari
Kacang pes
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya.

Bahan Tumis :
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, sehelai daun pandan

Bahan Kisar :
Halia, Bawang Putih & Bawang Besar

Cara-cara :
1.     Panaskan minyak & tumis bahan tumis, masukkan bahan kisar bersama daun pandan dan serai, biar hingga naik garing. 



2.     Masukkan Cili Giling biar hingga naik minyak. 



3.     Masukkan sos cili Ladas, biar hingga masak & naik minyak. 
4.     Masukkan Ayam, kacau rata. 



5.     Masukkan gula hangus/madu sambil kacau ayam. 
6.     Masukkan bawang, kacang pes & daun kari 
7.     Sedia utk hidangan 


KOMEN -  Sedaaap

♥ Sambal Hitam Ikan Tongkol ♥

Jumaat, Jun 25, 2010



BAHAN-BAHAN :

Bahan  Ikan

* Seekor ikan tongkol
* Sedikit serbuk kunyit
* Garam

Bahan Sambal

* 15 tangkai cili kering  - dikisar
* 2 ulas bawang putih - dikisar
* 1 ulas bawang besar - dikisar
* 1 s/b gula /secukup rasa
* air asam jawa
* garam
* 3-4 sudu besar kicap manis adabi

Minyak untuk menggoreng  

CARA :
1.   Bersihkan ikan dan potong ikan mrnjadi ketulan.
2.    Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam dan perapkan sementara.
3.   Goreng ikan dan ketepikan.
4.   Tumis bahan kisar didalam kuali (boleh guna minyak ikan tadi). 
5.   Masak hingga naik minyak
6.   Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
7.   Masukkan kicap manis adabi. Kacau rata.
8.   Masukkan ikan yang telah digoreng tadi kedalam sambal dan biarkan seketika.
9.   Bila sudah pekat dan kuahnya bersalut dengan ikan, angkat dan hidangkan.

♥ Pes Tom Yam ♥

Sumber Gambar : Try Masak


BAHAN-BAHAN :
* 15 tangkai cili kering
* 1 s/b udang kering
* 1 s/b belacan
* 1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
* 5 ulas bawang putih
* 10 ulas bawang merah
* 3 batang serai [hiriskan]

* 2 batang serai
* 2 cm lengkuas
* 1 s/b gula melaka

* 1-2 s/b sos ikan
* garam
* 2 s/b jus limau nipis

Minyak untuk menggoreng 

CARA :
1.   Mesinkan semua bahan sehingga halus.
2.   Panaskan minyak. Tumiskan hingga naik bau.
3.   Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan. Kacau rata.
4.   Masakkan sehingga pecah minyak dan tidak terlalu garing. 


Nota Tambahan
Ia
 akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Atau boleh jugak tgk video ni tp bahan-bahan dia lain la sikit.. Selamat Mencuba..

♥ Char Kuey Teow ♥

Khamis, Jun 24, 2010

 Sumber : Resipi Online


Bahan Buat Kicap:
Air Rebusan Udang
Sedikit sos ikan
Gula Melaka
Kicap Cair
Kicap Masin
Sos Tiram
(Masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)

Bahan Buat Pes Cili:
Isi Udang dikisar
Cili Kering dikisar
Bawang Putih dikisar
Sedikit bawang besar dikisar
Garam
Gula
Sedikit minyak
(Tumis bawang putih, bawang merah, cili Kering, udang sehingga menjadi mcm cili boh)

Bahan-bahan buat Char Kuey Teow:
Udang (jgn buang kulit, kepala, ekor)
Kuey Teow
Taugeh
Kucai
Lada sulah jika suka
Kerang (rebus separuh masak)
Telor
Minyak

Cara menyediakan:
1) Masukkan minyak, goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan.
2) Tuang 2 sudu besar kicap char kuey teow, 3 sudu besar pes cili dan kacau.
3) Masukkan kuey teow, taugeh, kucai dan kacau.
4) Pecah 1 biji telor dan kacau, lepas tu masukkan 1 senduk kicap char kuey teow sekali lagi dan kacau.
5) Sedia dihidangkan bersama cili jeruk.

About

Kongsi Resipi