♥ Udang Goreng Kunyit ♥

Rabu, Jun 08, 2011



Malam ni aku masak simple ja.. Ini permintaan hubbyku..jom kita skodeng resipinya.. cepat, pantas dan sedap..

Bahan-bahan
• sedikit udang kecil
• sedikt udang sederhana besar
• 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
• 1/2 sudu kecil garam
• ½ sudu gula
• 1/2 biji bawang besar
• 1 biji cili merah
• 3 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing dan masukkan gula.
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili merah yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!

♥ Gulai Rebung Dengan Tulang Daging ♥



Bahan A
500 gm rebung segar
200 gm tulang daging – Aku rebus terlebih dahulu dgn ‘pressure cooker’
3 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 s/b kerisik [jika suka]
2 keping asam keping – aku x letak pun
3 s/b minyak
garam
Gula (aku x suka perasa tambahan or ajinimoto)

Bahan B
3 s/b rempah kari daging + sedikit air
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)*
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)*
2 cm halia (ditumbuk lumat)*
1 cm kulit kayu manis*
Sedikit bunga lawang & bunga cengkeh*
daun kari – aku x letak

Nota : Simpan sedikit bahan tumbuk untuk digaul bersama rempah kari.


Cara
1. Rebung dipotong pendek dan diracik tp jgn putus dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari yg telah digaul dgn bahan tumbuk dan masak hingga garing.
4. Masukkan santan, rebung serta kerisik.
5. Masukkan daging yg telah direbus bersama air rebusannya.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak
8. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

♥ Donut ♥

Khamis, Mei 12, 2011





Sumber : HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
• 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
• 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
• 50g Marjerin
• 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
• 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
• 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
• 1 Biji Telur
• 1/2 Sudu Teh Garam
• Gula Halus atau topping kegemaran anda
• 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.

Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526

Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

♥ Rendang Ketupat Sotong ♥

Selasa, Mei 10, 2011


sumber : http://cendanakasih.blogspot.com

Bahan-bahan
- 4 ekor sotong (bersaiz besar)
- garam, perasa
- 1 sudu besar kerisik
- 1 helai daun kunyit- dihiris halus
- 2-3 helai daun limau purut (aku tambah)
- 1/2 cawan santan

A- untuk pulut
*1 senduk beras pulut
*1 senduk santan pekat

B- kuah rendang
*4 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 batang serai-dihiris halus
*1/2 inci lengkuas (sikit jer)
*10 tangkai cili kering- buang biji, potong halus

Cara-cara
1. Sotong dibersihkan dan ditoskan agar kering airnya
2. Beras pulut dibasuh bersih dan masukkan santan pekat. Tambah sedikit air. Letak sedikit garam. Panaskan pengukus dan kukus pulut hingga masak
3. Bahan-bahan untuk kuah rendang dikisar halus.
4. Sumbat sotong dengan pulut yang telah dikukus tadi. Sematkan dengan lidi pada hujungnya ataupun boleh dijahit dengan benang kasar
5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dikisar halus hingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan kerisik dan gaul rata.
6. Masukkan sotong tadi. Tutup sekejap dan balik-balikkan agar sotong masak sekata
7. Tambah garam dan serbuk perasa.
8. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Siap !!!!

♥ Cucuq Kembong Ikan Bilis ♥

Isnin, April 25, 2011




Bahan-bahannya :

1/2 kilo tepung gandum
1 genggam ikan bilis - basuh dan bersihkan
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu besar susu tepung
1/2 paket mauripan
garam dan sedikit gula sebagai penyedap rasa.
air secukupnya

Cara-cara :
1. Blend ikan bilis, bawang dan cili merah bersama sedikit air.
2. Tuang bahan2 blend ke dalam tepung yg diisi susu tepung. kacau sebati.
3. Masukkan setengah paket mauripan td yg telah dibancuh dengan sedikit air sejuk.
4. Gaul lagi. sebatikan dengan garam dan sedikit gula.
5. Perap lebih kurang setengah jam.
6. Goreng dengan minyak terendam. setelah kuning keemasan, baru diangkat.
7. Tos kan sebelum di hidang.

♥ Asam Pindang Ikan Kembung ♥




BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan kembong yang agak besar
1 batang serai yang besar - dititik
1 keping asam keping (kalau kurang masam blh tambah lagi)
4 pokok daum kesum
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2-3 biji cili merah
2 cm kunyit hidup - serbuk pun boleh diguna
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belachan yg dipanggang atau dibakar

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , daun kesum , air dan bendi . Masak kuah sampai hampir memdidih dan masukkan semua ikan kembong, asam keping dan garam , kacau sekejap . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.



♥ Sago Pearl Pudding ♥

Selasa, Februari 01, 2011



Bahan-bahan :

100 gm biji sagu rumbia
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
300 gm gula pasir
3 helai daun pandan
250 ml santan
3 jenis pewarna kegemaran

Cara :

1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih. Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.

2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.

3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.

4. Masukkan santan dan kacau rata. Kecilkan api.

5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.

6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.

7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

About

Kongsi Resipi