♥ Asam Laksa ♥

Rabu, Oktober 13, 2010

Sumber : Mingguan Wanita
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
2 liter air
1kg ikan kembung (rebus dan ambil isinya)
100gm asam gelugur
100gm daun kesum
100gm lengkuas - dititik
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan (dibelah)
2 camca pes udang
2 camca serbuk perasa (optional kalau suka)
garam secukup rasa

BAHAN LAIN
1kg laksa basah (dicelur dan ditoskan)

BAHAN HIASAN
1 potong nanas (dihiris nipis)
1 biji timun (dihiris nipis dan memanjang)
2 biji lada merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
6 tangkai daun pudina

CARA MEMBUAT
1. Siat-siatkan isi ikan - ketepikan
2. Tapiskan air rebusan. Masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan ke dalam air tadi. Rebus perlahan-lahan hingga cukup masak.
3. Tambahkan pes udang, serbuk perasa dan garam. Biarkan ia sentiasa panas.
4. Bubuh laksa dalam mangkuk dan tuangkan kuah keatasnya. Kemudian taburkan nanas, timun, lada merah, bawang besar dan daun pudina diatasnya. Hidangkan.

♥ Salam Aidilfitri ♥

Selasa, September 07, 2010


Salam Aidilfitri buat kawan2 blogger.. moga ceria di hari raya....

♥ Pressure Cooker - Murah & Puas Hati ♥

Selasa, Ogos 24, 2010

Salam semua kawan2.. hari ni x da masakan yang nk dipamerkan. Tapi ada sesuatu untuk dikongsi dengan kawan2 blog. Haaa tu dia... kepada sesiapa yang masih x da 'pressure cooker' kat umah & terasa nk memilikinya dengan harga yang sangat berpatutan... silalah order kat sini ya... Bukan aku nk buat bisness besar2 tp sekadar nk tolong business adik aku...  Ok kat bawah ni ada contoh gambar sekali dengan kodnya.. so siapa nk order bgtau ye...

JOM JAMU MATA !!!! kat BUDGET SITE

Pressure Cooker - Stainless Steel - 8 Liter
Harga => RM 299/set


Pressure Cooker - Alluminium (Sekali dengan Steamer) - 7 Liter
Harga => RM 159/set

Pressure Cooker & 2 Steam Tray - 10 Liter
Harga => RM299/set

♥ Ayam Goreng Berempah Serai ♥

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sumber : love2cook@myresipi.com tapi aku ubahsuai sedikit mengikut citarasa sendiri.


Bahan-bahan ( Sekeluarga )
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai

---------------------------------------

3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
2-3 sudu madu
garam dan gula secukupnya
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
5 Sudu Tepung jagung


Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati kecuali tepung dan biarkan perap selama 1 jam.


Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.


Gaul tepung jagung bersama ayam yang telah diperap dan masukkan ayam satu per satu ke dalam kuali dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.


Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!


Selamat mencuba! ;)

♥ Siakap Asam Tumis ♥

Sumber : Chef Wan (Aku ubahsuai sikit)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap - dipotong 4 - aku potong 2
125ml air asam jawa-diambil dari 1 sudu besar asam jawa
1 cawan air
6 batang bendi-dibuang tangkai
segenggam daun kesum
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak


Bahan kisar :
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar belacan-kurangkan jika perlu
6 biji bawang merah-aku guna 2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 helai daun limau purut


Cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi
3. Tambah air asam jawa serta bendi dan renehkan selama 10 minit
4. Masukkan ikan, daun limau purut dan daun kesum
5. Renehkan lagi selama 5-10 minit atau sehingga ikam masak
6. Akhir sekali perasakan garam dan gula
7. Setelah semuanya rasa, padamkan api.
8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

♥ Kek Coklat Moist Kukus ♥

Khamis, Ogos 05, 2010

Tadaaa... dah siap kek coklat kukus aku.. resipi kek ni aku ambil dari dapur cik manggis.. minta izin masukkan kat sini ya Cik Manggis.. mulanya nk buat esok sebab esok aku cuti tapi.. oleh kerana semangat yang berkobar-kobar nak mencuba , aku buat malam ni jugak.. Alahamdulillah menjadi dan lembut sangat...Toppingnya aku ambil dari dapur sini. Terima kasih ya semua.. Ok jom kita tengok resipinya sekali lagi..


Bahan-bahannya:
Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair.
1 cawan serbuk koko


Bahan B
4 biji telur grade B
1/2 cawan susu pekat manis.
1 tsp esen vanilla.


Bahan C
1 1/4 cawan tepung gandum
1 tsp serbuk baking powder.
1 tsp serbuk soda bicarbonat.

* Sukatan cawan-aku guna cawan sukat beras (rice cooker)


Cara-caranya:
• Kacau A atas api hingga semuanya larut.Sejukkan sikit.
• Kacau telur dengan susu pekat manis hingga sebati.Masukkan esen vanilla.
• Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonat
• Tuangkan adunan telur kedalam A dan guna whisk -kacau hingga sebati.
• Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
• Sapukan loyang kek dengan sedikit butter.
• Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak-lebih kurang 1/2 jam tapi jika guna pengukus biasa hanya memakan masa 20 minit.Selamat mencuba.


Topping
1 ½ cawan susu pekat-kurangkan jika takut manis
1 sudu the esen vanila
½ cawan susu cair.
½ cawan minyak jagung atau apa2 minyak.
¼ cawan serbuk koko
sedikit garam


Cara-caranya:
• Campurkan susu, koko dan minyak
• Masak atas api sehingga sederhana pekat.
• Masukkan garam dan esen vanila
• Tak perlu sampai menggelegak.. bila dah sebati/ pekat sikit angkat dan sejukkan
• Tuang atas kek tadi

Ini lebihan bancuhan adunan aku masukkan ke dalam acuan comel dan kukus.

♥ Sambal Tumis Petai Dgn Ikan Bilis ♥

Selasa, Ogos 03, 2010


Bahan-bahan:


200gm Ikan bilis (dibersihkan dan digoreng, ketepikan)
3 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
150gm cili kering - dikisar
50gm Isi petai
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya


Cara memasak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan-bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih dan sedikit kering.
3. Masukkan petai, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.



Petai boleh juga dibuat sampal dgn ikan bilis bersama-sama kulitnya. Tapi kikis kulit terlebih dahulu untuk membuang rasa kelat/pahitnya. Selamat Mencuba...

About

Kongsi Resipi