Dengan Siapa kita Haram Bersalam Dan Bercampur Bg Lelaki Dan Wajib Berhijab Bagi Perempuan
Selasa, Oktober 29, 2013
Dicatat oleh
Maz
di
11:10 PG
0
ulasan
Label: Islam Agamaku
♥ Fadhilat Bulan Rejab Syahrullah ♥
Isnin, Mei 21, 2012
Aktiviti Baru - Biz pakaian baby dan Kanak-kanak
Khamis, Januari 05, 2012

♥ Kek Prune Kukus ♥
Selasa, Disember 27, 2011
Bahan-bahannya
250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri (aku guna 2 cawan tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1 cawan gula (aku letak ¾ cawan ja)
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air lebih kurang 2 camca besar air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)- SunSweet.
5 biji telur
1 sudu teh ovallette
Sedikit pewarna kuning (aku tambah)
Cara :
1. Didihkan air dalam pengukus.
2. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.
4. Masukkan ovallette dan putar lagi
4. Masukkan prune yg telah dikisar dan putar lagi
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.
7. Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam.
8. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.
Cadangan Hiasan
1. Susun sahaja buah prune tu keliling atas kek tersebut.
2. Kalau hendakkan lebih cantik boleh diletak topping cream cheese dan hias dengan walnut @ parutkan choc oren/choc color.
3. Dapatkan bunga icing (yang buat guna fondant/sugar paste) dari kedai bahan
♥ Puteriku Riaayahtul Qhadhilah ♥
Sabtu, Oktober 08, 2011
Dicatat oleh
Maz
di
12:59 PTG
0
ulasan
Label: Keluargaku
♥ Khasiat Kurma ♥
Rabu, Ogos 03, 2011
1. Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.
2. Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.
3. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.
4. Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain.
5. Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.
7. Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
8. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.
9. Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.
10. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.
12. Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.
KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
♥ Udang Goreng Kunyit ♥
Rabu, Jun 08, 2011
Malam ni aku masak simple ja.. Ini permintaan hubbyku..jom kita skodeng resipinya.. cepat, pantas dan sedap..
Bahan-bahan
• sedikit udang kecil
• sedikt udang sederhana besar
• 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
• 1/2 sudu kecil garam
• ½ sudu gula
• 1/2 biji bawang besar
• 1 biji cili merah
• 3 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1. Bersihkan udang. Gaul udang bersama-sama serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ke semua udang yg digaul tadi ke dalam kuali.
3. Goreng sehingga garing dan masukkan gula.
4. Setelah garing, masukkan bawang besar dan cili merah yang dihiris slice.
5. Apabila bawang sudah layu, bolehlah tutup api dan dihidang. Rasanya sungguh rangup!
♥ Gulai Rebung Dengan Tulang Daging ♥
Bahan A
500 gm rebung segar
200 gm tulang daging – Aku rebus terlebih dahulu dgn ‘pressure cooker’
3 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 s/b kerisik [jika suka]
2 keping asam keping – aku x letak pun
3 s/b minyak
garam
Gula (aku x suka perasa tambahan or ajinimoto)
Bahan B
3 s/b rempah kari daging + sedikit air
3 ulas bawang merah (ditumbuk lumat)*
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)*
2 cm halia (ditumbuk lumat)*
1 cm kulit kayu manis*
Sedikit bunga lawang & bunga cengkeh*
daun kari – aku x letak
Nota : Simpan sedikit bahan tumbuk untuk digaul bersama rempah kari.
Cara
1. Rebung dipotong pendek dan diracik tp jgn putus dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan rempah kari yg telah digaul dgn bahan tumbuk dan masak hingga garing.
4. Masukkan santan, rebung serta kerisik.
5. Masukkan daging yg telah direbus bersama air rebusannya.
6. Masukkan garam dan gula.
7. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak
8. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
♥ Donut ♥
Khamis, Mei 12, 2011
Sumber : HaSue@myresipi.com
Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )
• 500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
• 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
• 50g Marjerin
• 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
• 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
• 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
• 1 Biji Telur
• 1/2 Sudu Teh Garam
• Gula Halus atau topping kegemaran anda
• 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.
♥ Rendang Ketupat Sotong ♥
Selasa, Mei 10, 2011

sumber : http://cendanakasih.blogspot.com
Bahan-bahan
- 4 ekor sotong (bersaiz besar)
- garam, perasa
- 1 sudu besar kerisik
- 1 helai daun kunyit- dihiris halus
- 2-3 helai daun limau purut (aku tambah)
- 1/2 cawan santan
A- untuk pulut
*1 senduk beras pulut
*1 senduk santan pekat
B- kuah rendang
*4 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 batang serai-dihiris halus
*1/2 inci lengkuas (sikit jer)
*10 tangkai cili kering- buang biji, potong halus
Cara-cara
1. Sotong dibersihkan dan ditoskan agar kering airnya
2. Beras pulut dibasuh bersih dan masukkan santan pekat. Tambah sedikit air. Letak sedikit garam. Panaskan pengukus dan kukus pulut hingga masak
3. Bahan-bahan untuk kuah rendang dikisar halus.
4. Sumbat sotong dengan pulut yang telah dikukus tadi. Sematkan dengan lidi pada hujungnya ataupun boleh dijahit dengan benang kasar
5. Panaskan kuali dan tumis bahan yang dikisar halus hingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan kerisik dan gaul rata.
6. Masukkan sotong tadi. Tutup sekejap dan balik-balikkan agar sotong masak sekata
7. Tambah garam dan serbuk perasa.
8. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut. Siap !!!!
♥ Cucuq Kembong Ikan Bilis ♥
Isnin, April 25, 2011
Bahan-bahannya :
1/2 kilo tepung gandum
1 genggam ikan bilis - basuh dan bersihkan
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu besar susu tepung
1/2 paket mauripan
garam dan sedikit gula sebagai penyedap rasa.
air secukupnya
Cara-cara :
1. Blend ikan bilis, bawang dan cili merah bersama sedikit air.
2. Tuang bahan2 blend ke dalam tepung yg diisi susu tepung. kacau sebati.
3. Masukkan setengah paket mauripan td yg telah dibancuh dengan sedikit air sejuk.
4. Gaul lagi. sebatikan dengan garam dan sedikit gula.
5. Perap lebih kurang setengah jam.
6. Goreng dengan minyak terendam. setelah kuning keemasan, baru diangkat.
7. Tos kan sebelum di hidang.
Dicatat oleh
Maz
di
12:43 PTG
0
ulasan
Label: Minum petang
♥ Asam Pindang Ikan Kembung ♥

BAHAN-BAHAN :
8 ekor ikan kembong yang agak besar
1 batang serai yang besar - dititik
1 keping asam keping (kalau kurang masam blh tambah lagi)
4 pokok daum kesum
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2-3 biji cili merah
2 cm kunyit hidup - serbuk pun boleh diguna
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belachan yg dipanggang atau dibakar
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , daun kesum , air dan bendi . Masak kuah sampai hampir memdidih dan masukkan semua ikan kembong, asam keping dan garam , kacau sekejap . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.
♥ Sago Pearl Pudding ♥
Selasa, Februari 01, 2011
Bahan-bahan :
100 gm biji sagu rumbia
1 liter air
20 gm serbuk agar-agar
300 gm gula pasir
3 helai daun pandan
250 ml santan
3 jenis pewarna kegemaran
Cara :
1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih. Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan santan dan kacau rata. Kecilkan api.
5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
Dicatat oleh
Maz
di
1:48 PTG
0
ulasan
Label: Puding Dan Agar2
♥ Apam Dot Dot ♥
Ahad, Disember 26, 2010
Bahan :-
3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar/150ml bancuhan susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry / kelapa @ apa2 ikut citarasa
Pewarna mengikut kesukaan
Cara :-
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang @ pukul telur dulu, pastu masuk gula dan ovalette. Last tepung yang telah di ayak dengan baking powder...
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih – aku guna botol yg isi sos
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
♥ Roti Arab ♥
Isnin, Disember 20, 2010
Bahan-bahan
• 2 sudu besar mentega
• 2 sudu besar minyak masak
• 2 sudu besar gula
• 300 ml air suam
• 6 g yis
• 500g tpg gandum
• secubit garam (aku tambah)
Cara-cara
1. Mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2. Tepung di gaul dengan yis
3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4. Perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7. Panaskan minyak dan goreng sebiji2, kaut minyak panas dlm kuali dgn sodek kemudian simbah atas roti berulang kali sehingga roti kembung kemudian baru terbalikkan.
8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging atau sambal tumis ikan bilis atau kari sardin tp kali ni aku makan dengan kari ikan tenggiri.. sedaaaappp...
♥ Doa Akhir Tahun Dan Doa Awal Tahun ♥
Isnin, Disember 06, 2010
Kepada rakan2 blog diucapkan selamat menyambut Awal Muharam 1432H. Marilah kita sama-sama manfaatkan masa yang ada dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga kita semua diberkati Allah hendaknya. Amin.
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
♥ Sotong Goreng Rangup ♥
Rabu, Disember 01, 2010
Bahan
300gm sotong
1 cwn tpg gandum
1 sk baking powder
1bj telur
sdkt garam
lada sulah
klu nk pedas add kn serbok kari kt tepung nye
Caranya:
potong sotong kecil2
bersihkan dan toskan
gaul sotong dgn garam dan lada sulah
pukul telur ringan dan salut pd sotong..
satukan tpg dn baking powder dan salut keseluruhan sotong ngan tepung tadi..habiskan dulu..salutan..ketepikan..dan goreng..
Boleh dimakan bersama sos pencicah .. sos cili Thai Maggie pun sedap nih..
♥ Homemade Sardin ♥
BAHAN-BAHANNYA :-) By CMG
700 g ikan tuna-Aku guna ikan selayang / ikan sardin
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih (5 ulas) - dikisar halus
80 g bawang merah (8 ulas) - kisar halus
20 g halia (2 inci) - kisar halus
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan sardin dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 ½ jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau ukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Siap
♥ Bergedil Daging ♥
Bahan-bahan
Kentang 4 biji (400g)
Daging cincang / Daging (Ramly), guna separuh ja
Tepung jagung ¾ cawan
Daun sup-dihiris halus
Daun bawang-dihiris halus
Bawang putih 4 ulas
Bawang merah 1 ulas
Serbuk lada sulah 1 sudu
Serbuk lada hitam 1 sudu (optional)
Garam halus
Telur dipukul
Cara
1. Rebus kentang (potong 4 supaya cepat masak). Bila kentang dah masak, tos dan tumbuk dalam lesung hingga lumat.
2. Rendam daging cincang dalam air. Toskan.
3. Tumbuk bawang putih ngan bawang merah. Panaskan kuali, tumis bawang sampai wangi dan masukkan daging cincang. Masukkan garam satu sudu kecil, lada sulah dan lada hitam dalam tumisan daging. Goreng sampai air rebusan daging kering. Dah siap sejukkan dalam 2 minit.
4. Gaulkan daging dengan kentang lenyek. Masukkan tepung jagung. Boleh tambah 1 sudu kecil garam halus
5. Masukkan daun sup dan daun bawang ke dalam adunan.
6. Bentukkan doh seperti nuget (Bulatkan kemudian tekan jadi leper)
7. Panaskan minyak (deep fried...minyak kena banyak)
8. Celupkan bergedil dalam telur dan goreng dengan api sederhana. Masa ni tak tahan weh...bau dia buat perut saya berkeroncong suka hati
♥ Khasiat Taugeh ♥
Selasa, November 30, 2010
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya
Dicatat oleh
Maz
di
10:11 PG
0
ulasan
Label: Sayuran Dan Khasiat







.jpg)




1 Hari 





















