♥ Jelly Strawberry ♥

Selasa, Oktober 26, 2010


BAHAN-BAHANNYA :
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh di sini
150 g gula halus (gula pasir pun ok)
800 ml air
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (aku guna merah)

CARA MEMBUATNYA :
1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.

2. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Letak kan pewarna kesukaan ke dalam bancuhan, kacau . Tuang bancuhan tadi ke dalam acuan yang disukai (aku guna acuan untuk buat coklat bentu bunga ros.. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

♥ Acar Rebung ♥

BAHAN-BAHAN
Bahan A :
1 tsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur

Bahan B :
cili kering dibuang biji (ikut pedas)
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
(semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan lama)

Bahan C :
Bawang merah kecil
Bawang putih
(tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)

Bahan D :
1 peket rebung madu (RM3)-direndam terlebih dahulu dgn bahan-bahan dibawah
Bahan untuk rendam rebung:-
250 ml air
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Masak bahan hingga mendidih dan tutup api. Masukkan rebung, biar celur dan ketepikan (rendamkan).
Bila nk masak toskan air dan masukkan rebung dlm bahan tumisan



Bahan E :
Bijan disangai

Cara-caranya :
1.Panaskan minyak, tumis bahan A dan B sampai wangi, garing

2. Masukkan bahan C dan rebung, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti  rebung jadi terlalu masam). Kacau sampai naik minyak dan pekat.

3. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan(kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa banyak rebung, agak-agak aja. Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit, biar agar berkilat.


♥ Kek Pisang Kukus ♥

Sumber : Kak Ruby & azeef azfar

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
3 biji telur
1 cawan gula perang atau 1/2 cawan gula putih
1 sk ovelet
1/2 sk garam
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan pisang - dilenyek

Caranya :

1. Ayak tepung gandum bersama soda.
2. Kisar telur, gula, ovelet & garam menggunakan blender sampai kembang.
3. Masukkan minyak, susu cair & susu pekat kemudian blend lagi.
4. Masukkan pisang, blend lagi.
5. Masukkan bahan yg di blend tadi ke dalam bekas & kacau dengan tepung tadi.
6. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.



Tips : Tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya wap tak jatuh atas kek. Ada jugak yg balut penutup kukusan dengan kain, mana2 pun ok janji wap tak kena kek tu.

♥ Sambal Kering Tempe ♥




BAHAN-BAHAN
1 paket tempe...]potong kecil & nipis dan goreng dalam minyak dan toskan
¼ cawan ikan bilis.. goreng garing dan toskan & ditumbuk halus

Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka

1 s/b cuka
minyak
garam
gula

Cara memasak

1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas

♥ Laksa Johor II ♥

Ahad, Oktober 17, 2010

Sumber : Mingguan Wanita


BAHAN-BAHAN
1 kg ikan tenggiri yang telah direbus
200 gm rempah kari ikan
150 gm serbuk jintan manis
150 gm rempah ketumbar
100 gm cili kering kisar
100 gm bawang merah-kisar
80 gm bawang putih-kisar
80 gm halia-kisar
4 batang serai-titik
4 liter santan pekat
4 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN
Spageti-dicelur
Bawang besar-dihiris
Kacang panjang-dipotong kecil
Tauge-dicelur
Timun-dipotong panjang
Daun kesum
Bunag kantan-dihiris
Cili merah dan hijau-dihiris
Sambal belacan

CARA MEMBUAT
Tumis semua bahan hingga sebati dan masukkan ikan tenggiri yang telah direbus bersama santan dan garam secukup rasa. Biarkan hingga pekat. Sedia untuk dimakan.

♥ Laksa Kelantan ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung -direbus, buang tulang dan dikisar
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi 
4 batang bunga kantan
42 ikat daun kesum
40 gm belacan
2 batang serai
200 gm cili kering
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN
Kuey teow (laksam)-dicelur
Limau kasturi-dipotong 2
Cili merah dan hijau-dihiris
Tauge
Kacang panjang-dipotong kecil
Bawang merah-dihiris
Sambal belacan

CARA MEMBUAT
1. Panasnya minyak dan masukkan ikan rebus yang telah ditumbuk lumat.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, belacan, bunga kantan, daun kesum, serai, asam keping dan air.
3. Kemudian, setelah mendidih masukkan pula santan pekat, Gaul sebati dan kacau hingga pekat.





♥ Laksa Utara ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung -direbus, buang tulang dan dikisar
250 gm bawang merah
40 gm bawang putih
4 batang bunga kantan
2 ikat dau  kesum
200 gm belacan
200 gm cili padi
200 gm cili kering
250 gm nanas
80 gm otak udang dan petis
10 keping asam keping
100 gm asam jawa
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN
Mee laksa-dicelur
Limau kasturi-dipotong 2
Cili merah dan hijau-dihiris
Telur rebus-dibelah empat
Bawang merah-dihiris
Timun-dihiris
Nanas-dibuang kulit dan dihiris

CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan tadi sehingga mendidih dan masukkan isi ikan dan masak sehingga pekat.
2. Tambah garam dan setelah masak, sedia untuk dihidang.

About

Kongsi Resipi