♥ Laksa Selangor I ♥

Khamis, Oktober 14, 2010

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

10 batang serai-dikisar halus
250 gm bawang merah-dikisar halus
2 kuntum bunga kantan-dikisar halus
30 helai daun limau purut (untuk dikisar dan dihiris)
6 keping asam gelugur
5 gm serbuk cili/cili kering
10 gm serbuk kari ayam
3 liter air rebusab ayam
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN

500 gm mi kuning (direbus hingga lembut)

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS

50 gm bawang putih
100 gm bawang merah (dikisar)
100 gm belacan
300 gm cili kisar
Minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN HIASAN

Udang harimau dan tauhu (digoreng)
Kangkung dan tauge (dicelur)
Isi ayam (direbus dan disiat)
Telur (direbus dan dibelah 2)
Daun pegaga & pudina
Kacang botol (dihiris halus)
Sayur asin
Limau kasturi (dibelah 2)

CARA MEMBUAT KUAH

1.Tumis bahan kisar. Kacau sehingga kekuningan kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam.Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan ayam dan asam gelugur, kemudian biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daun limau purut, garam dan gula merah. Kacau hingga sebati dan angkat.

CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan cili boh dan juga bahan-bahan yang dikisar.
2. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Angkat.

CARA MENGHIDANG

Masukkan mi ke dalam mangkuk. Taburkan bahan-bahan hiasan. Kemudian masukkan sedikit sambal tumis sebelum dituangkan kuah atasnya.

0 ulasan:

About

Kongsi Resipi