Aduh sedihnya tengok rumah aku dah lintang pukang... dimana harus aku mulakan ???? Pening...
;-( Keadaan Rumah Selepasa Air Surut ;-(
Isnin, November 22, 2010
;-( Hari ke-4 Banjir (05-11-2010) ;-(
Jumaat, November 05, 2010
Hari ini adalah perayaan Deepavali...
Hujan turun semula di kawasan rumahku.. hatiku resah kembali... Suamiku.. masih x pulang2... Tp aku tetap redha...
Aku pun telefon suamiku untuk memaklumkan keadaan cuaca di sini.. Pesan suamiku... "Janganlah bersangka buruk" tenangkan fikiran, tumpukan pada keadaan disana.. jangan risaukan keadaan Abg disini"..
Aku akur dgn apa yang dikatakan...Aku masih dipejabat aku... tempat aku menginap selama banjir. Penduduk di sekitar kawasan Tamanku diberi penempatan di masjid tapi aku tetap di pejabatku.. untuk keselesaan anak2ku. Segala bantuan banjir seperti toto & tikar x sempat aku perolehi sebab aku tinggal berasingan dengan penempatan.
Biarlah.. mungkin ada lagi orang yang lebih memerlukannya drpd aku...
8.00am.. air mulai surut... Alhamdulillah..
4.26pm.. aku masih menunggu kepulangan suami aku... bersiap-siap untuk pergi bersihkan rumah..
;-( Hari ke-3 Banjir (04-11-2010) ;-(
04-11-2010 - Air semakin surut di Jitra, perasaanku semakin lega...Anak saudara aku Zakwan tiba pukul 8.00pm untuk hulurkan bantuan. Tp tiada apa yang boleh dilakukan lagi kerana air masih bertakung di dalam rumah. Tetapi kedatangannya sedikit sebanyak membuatkan aku lega... Penguat semangat aku. Suamiku.. masih belum boleh balik lagi akibat jalan masih ditutup.
Kawasan Alor Setar pula dilanda banjir. Bos aku telefon aku memaklumkan air mulai naik di kawasan langgar, kawan sepejabatku pula sudah mula berpindah. Jalan byk ditutup untuk keselamatan... Ya Allah tabahkanlah hati kami menerima dugaanmu ini..
;-( Rumahku dilanda banjir ;-(
Rabu, November 03, 2010
Pertama kali seumur hidupku rumahku di landa banjir...
31-10-2010 - Hujan mulai turun.
01-11-2010 - Hujan masih turun tanpa henti...
02-11-2010 - Hujan beransur berhenti di sebelah pagi...tp turun semula pada sebelah petang
02-11-2010 - 11.30pm.. jiranku lompat pagar rumahku.. kejutkan aku dari tido.. "cepat ambil dokument penting dan bawa keluar kereta.. air dah mula naik". Tanpa suami disisi aku terasa lemah segala badan.. x keruan nk buat apa2 tp aku kuatkan diri untuk selamatkan anak2ku yang sedang tidur.
Dengan hati yang sebak aku kejutkan anak2ku, dokument penting, pampers, susu anak, sedikit pakaian aku dan anak, selimut, lembek dan masukkan dalam kereta. Air mula masuk ke ruang tamu rumahku... Aku menjadi semakin takut. Dengan bantuan jiran dan anaknya aku berjaya bawa kereta, anak2 dan sedikit barang untuk berpindah.
Masuk saja dlm keta.. aku terus memecut kereta menuju ke pejabatku untuk selamatkan diri dan anak2 dan sehingga sekarang (04-11-2010) masih dipejabatku..
Disebalik kisah banjir ada satu kisah yang membuatkan aku mengenal hati budi org.. org yang kita sangka blh tolong kita ketika susah sanggup biarkan aku dan anak2 didalam rumah tanpa sebarang ikhtiar... perkataan yang keluar dari mulutnya ialah.... "Biaq pi ... x kan depa x dgr kat luar ni dah riuh rendah".. Maha suci Allah... kenapa perkataan ini keluar dari mulutnya... sampai hati... sampai hati biarkan darah daging sendiri mati kelemasan.. Tp Allah ada.. Tak ada siapa boleh menghalang kehendak Allah...
Suamiku... sehingga kini tiada bersamaku.. bukan dia sengaja.. bukan dia x ambil berat.. tp dia terkandas di rumah tok di Bukit Mertajam. Semua jalan ditutup sejak kelmarin (03-11-2010) hingga ke saat ini. Allah saja yang tahu betapa risaunya dia disana. Tapi aku sentiasa mententeramkan dia.. kata aku... Abg jgn risau kami disini... InsyaAllah kami selamat. Telefon saja menjadi penghubung antara kami hingga kini.
Abang aku di sp... mmg dia nk datang tolong tp apakan daya jalan ditutup.. Tp aku tetap berterima kasih kerana masih ambil berat..Perkembangan aku dia ikuti dr hari ke hari...
Ibu Mertuaku.. amat bimbangkan keadaan kami... tidak ada apa yang mampu dia tolong dikejauhan... Tp dia tetap mendoakan keselamatan aku... sembahyang hajat untuk kami sekeluarga.. terima kasih mak.
Ayah aku dikampung.. aku x beritahu sbb takut dia risau..
Mak Cik, Adik Iparku (Noni), dan sepupuku (Liza) sentiasa mengikuti perkembangan aku melalui Facebook.. terima kasih diatas sokongan yang kalian berikan. Aku amat menghargainya... Semangat aku menjadi semakin kuat untuk terima dugaan ini...
Kawanku Zamri... terima kasih kerana sanggup bersusah payah berikhtiar untuk mengambil aku dgn anak2 untuk membawa kami pulang ke sisi suamiku... tp aku tangguhkan dahulu kerana keadaan di sini masih terkawal...
Kawan sepejabat dgnku, bos-bos aku ... tidak ketinggalan bertanya khabar.. Aku terharu..
Disini aku uploadkan gambar banjir rumahku utuk kenanganku...