♥ Jelly Strawberry ♥

Selasa, Oktober 26, 2010


BAHAN-BAHANNYA :
1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh di sini
150 g gula halus (gula pasir pun ok)
800 ml air
300 ml air (xtra)
Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (aku guna merah)

CARA MEMBUATNYA :
1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.

2. Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih. Letak kan pewarna kesukaan ke dalam bancuhan, kacau . Tuang bancuhan tadi ke dalam acuan yang disukai (aku guna acuan untuk buat coklat bentu bunga ros.. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.

♥ Acar Rebung ♥

BAHAN-BAHAN
Bahan A :
1 tsp ketumbar biji
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur

Bahan B :
cili kering dibuang biji (ikut pedas)
bawang merah kecil
bawang putih kecil
halia
(semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan lama)

Bahan C :
Bawang merah kecil
Bawang putih
(tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)

Bahan D :
1 peket rebung madu (RM3)-direndam terlebih dahulu dgn bahan-bahan dibawah
Bahan untuk rendam rebung:-
250 ml air
2 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Masak bahan hingga mendidih dan tutup api. Masukkan rebung, biar celur dan ketepikan (rendamkan).
Bila nk masak toskan air dan masukkan rebung dlm bahan tumisan



Bahan E :
Bijan disangai

Cara-caranya :
1.Panaskan minyak, tumis bahan A dan B sampai wangi, garing

2. Masukkan bahan C dan rebung, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti  rebung jadi terlalu masam). Kacau sampai naik minyak dan pekat.

3. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan(kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa banyak rebung, agak-agak aja. Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit, biar agar berkilat.


♥ Kek Pisang Kukus ♥

Sumber : Kak Ruby & azeef azfar

BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
3 biji telur
1 cawan gula perang atau 1/2 cawan gula putih
1 sk ovelet
1/2 sk garam
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan pisang - dilenyek

Caranya :

1. Ayak tepung gandum bersama soda.
2. Kisar telur, gula, ovelet & garam menggunakan blender sampai kembang.
3. Masukkan minyak, susu cair & susu pekat kemudian blend lagi.
4. Masukkan pisang, blend lagi.
5. Masukkan bahan yg di blend tadi ke dalam bekas & kacau dengan tepung tadi.
6. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.



Tips : Tutup loyang menggunakan aluminium foil supaya wap tak jatuh atas kek. Ada jugak yg balut penutup kukusan dengan kain, mana2 pun ok janji wap tak kena kek tu.

♥ Sambal Kering Tempe ♥




BAHAN-BAHAN
1 paket tempe...]potong kecil & nipis dan goreng dalam minyak dan toskan
¼ cawan ikan bilis.. goreng garing dan toskan & ditumbuk halus

Sambal [mesinkan]
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sikit belacan..jika suka

1 s/b cuka
minyak
garam
gula

Cara memasak

1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas

♥ Laksa Johor II ♥

Ahad, Oktober 17, 2010

Sumber : Mingguan Wanita


BAHAN-BAHAN
1 kg ikan tenggiri yang telah direbus
200 gm rempah kari ikan
150 gm serbuk jintan manis
150 gm rempah ketumbar
100 gm cili kering kisar
100 gm bawang merah-kisar
80 gm bawang putih-kisar
80 gm halia-kisar
4 batang serai-titik
4 liter santan pekat
4 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN
Spageti-dicelur
Bawang besar-dihiris
Kacang panjang-dipotong kecil
Tauge-dicelur
Timun-dipotong panjang
Daun kesum
Bunag kantan-dihiris
Cili merah dan hijau-dihiris
Sambal belacan

CARA MEMBUAT
Tumis semua bahan hingga sebati dan masukkan ikan tenggiri yang telah direbus bersama santan dan garam secukup rasa. Biarkan hingga pekat. Sedia untuk dimakan.

♥ Laksa Kelantan ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung -direbus, buang tulang dan dikisar
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi 
4 batang bunga kantan
42 ikat daun kesum
40 gm belacan
2 batang serai
200 gm cili kering
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN
Kuey teow (laksam)-dicelur
Limau kasturi-dipotong 2
Cili merah dan hijau-dihiris
Tauge
Kacang panjang-dipotong kecil
Bawang merah-dihiris
Sambal belacan

CARA MEMBUAT
1. Panasnya minyak dan masukkan ikan rebus yang telah ditumbuk lumat.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, belacan, bunga kantan, daun kesum, serai, asam keping dan air.
3. Kemudian, setelah mendidih masukkan pula santan pekat, Gaul sebati dan kacau hingga pekat.





♥ Laksa Utara ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung -direbus, buang tulang dan dikisar
250 gm bawang merah
40 gm bawang putih
4 batang bunga kantan
2 ikat dau  kesum
200 gm belacan
200 gm cili padi
200 gm cili kering
250 gm nanas
80 gm otak udang dan petis
10 keping asam keping
100 gm asam jawa
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK HIDANGAN
Mee laksa-dicelur
Limau kasturi-dipotong 2
Cili merah dan hijau-dihiris
Telur rebus-dibelah empat
Bawang merah-dihiris
Timun-dihiris
Nanas-dibuang kulit dan dihiris

CARA MEMBUAT
1. Masak semua bahan tadi sehingga mendidih dan masukkan isi ikan dan masak sehingga pekat.
2. Tambah garam dan setelah masak, sedia untuk dihidang.

♥ Laksa Selangor II ♥

Sumber : Mingguan Wanita

Entah yang mana satu resipi laksa Selangor yang betul.. yan ni pun aku ceduk dlm majah mingguan wanita.. lain sangat dgn laksa Selangor I yang aku letak sblm ni...Apa2 pun tulis jelah..

BAHAN-BAHAN
200 gm laksa-rebus dan toskan
1 biji timun-dihiris
1 ikat daun salad-dihiris
5 biji limau kasturi-belah 2
½ biji nanas-dipotong kecil
2 biji bawang besar-dihiris
2 batang bunga kantan-dihiris
1 botol otak-otak (aku rasa otak udang yg dlm botol kot) cara buat klik sini
10 biji cili merah-dihiris

BAHAN UNTUK KUAH
1 kg ikan kembung-direbus, dibuang tulang, mesin isinya
500 gm cili kering-dimesin
10 biji bawang-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
3 batang serai-dimesin
5 batang bunga kantan-dibelah 4
1 ikat daun kesum
sedikit belacan
15 keping asam gelugur
2 liter air

CARA MEMBUAT
1. Campurkan bahan kuah dengan air ke dalam periuk. Masukkan asam keping. Didihkan
2. Bila mendidih masukkan bunga kantan dan daun kesum. masukkan garam secukup rasa.
3. Hidangkan laksa dlm mangkuk. Tabur bahan-bahan iringan dan curah kuah di atasnya.
4. Sedia untuk dimakan.



♥ Laksa Selangor I ♥

Khamis, Oktober 14, 2010

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

10 batang serai-dikisar halus
250 gm bawang merah-dikisar halus
2 kuntum bunga kantan-dikisar halus
30 helai daun limau purut (untuk dikisar dan dihiris)
6 keping asam gelugur
5 gm serbuk cili/cili kering
10 gm serbuk kari ayam
3 liter air rebusab ayam
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN LAIN

500 gm mi kuning (direbus hingga lembut)

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS

50 gm bawang putih
100 gm bawang merah (dikisar)
100 gm belacan
300 gm cili kisar
Minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN HIASAN

Udang harimau dan tauhu (digoreng)
Kangkung dan tauge (dicelur)
Isi ayam (direbus dan disiat)
Telur (direbus dan dibelah 2)
Daun pegaga & pudina
Kacang botol (dihiris halus)
Sayur asin
Limau kasturi (dibelah 2)

CARA MEMBUAT KUAH

1.Tumis bahan kisar. Kacau sehingga kekuningan kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk kari ayam.Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan ayam dan asam gelugur, kemudian biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daun limau purut, garam dan gula merah. Kacau hingga sebati dan angkat.

CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan cili boh dan juga bahan-bahan yang dikisar.
2. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Angkat.

CARA MENGHIDANG

Masukkan mi ke dalam mangkuk. Taburkan bahan-bahan hiasan. Kemudian masukkan sedikit sambal tumis sebelum dituangkan kuah atasnya.

♥ Laksa Kari ♥

Rabu, Oktober 13, 2010

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

4 camca besar minyak
4 helai daun limau purut
2 rangka ayam
4 liter air
500 gm dada ayam
300 gm udang sederhana
2 kiub stok ayam
1 liter santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
Garam secukupnya

BAHAN KISAR

100 gm udang kering (dicuci)
20 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam)
3 cm lengkuas
4 biji bawang besar Spanish
4 cm kunyit hidup
3 batang serai

BAHAN LAIN

500 gm mi (dicelur dan ditoskan)

BAHAN HIASAN

20 biji bebola ikan (direbus)
600 gm tauge ( dicelur)
20 keping tau foo pok (dibersihkan)
8 camca besar daun kesum (dicincang)
10 biji limau kasturi (dibelah dua)

CARA MEMBUAT KUAH

1. Tumiskan semua bahan Masukkan daun limau purut, rangka ayam dan 3 liter air.
2. Jerang sampai menggelegak.
3. Rebus dada ayam bersama 1 liter air hingga mendidih. Apabila masak, keluarkan dan hiris memanjang.
4. Rebus udang dalam air yg sama. Apabila masak, keluarkan udang dan buang kulit. Ketepikan
5. Tapis air rebusan ayam dan udang. Campurkan dengan kuah di dalam periuk besar.
6. Hancurkan stok ayam. Masukkan ke dalam kuali tadi.
7. Tuangkan santan pekat dan kacau sampai menggelegak. Masukkan garam secukup rasa.
5. Isikan laksa ke dalam mangkuk dan letak bahan hiasan. Sendukkan kuah ke atas laksa dan perahkan jus
    limau. Sedia untuk di makan.

♥ Laksa Bali ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH


Secekak daun kesum
4 camca besar stok tepung ayam
1½ camca besar garam
1 camca besar gula
7 keping asam keping
490 – 510 gm kuah ayam masak merah
2 peket santan
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR

300 gm bawang merah
20 gm bawang putih
50 gm buah keras
1 camca besar serbuk kunyit
1½ camca besar ketumbar
25 gm belacan
10 gm cili boh
5 batang serai

BAHAN LAIN

1 kg laksa basah (dicelur dan ditoskan)

BAHAN HIASAN

Timun (dihiris), bawang besar (dihiris), telur (belah 2 @ 4), hirisan daging ayam

CARA MMBUAT

1. Tumiskan semua bahan kisar tadi.
2. Biarkan hingga naik bau.
3. Masukkan perasa dan bahan untuk kuah.
4. Angkat dan kemudian hidangkan bersama laksa dan bahan hiasan











♥ Laksa Thai ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH


250gm cili kering
250gm cili boh
2 batang serai

BAHAN KISAR

10 biji bawang besar
4 biji bawang putih
sedikit belacan
½ batang lengkuas
200gm kunyit hidup
5 biji buah keras

BAHAN LAIN

1 kg laksa basah (dicelur dan ditoskan)
3 keping asam keeping
5 keping daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
½ sudu stok ayam

BAHAN HIASAN

Timun (dihiris), nanas (dihiris panjang), telur (belah 2 @ 4), limau kasturi, daun pudina

CARA MEMBUAT

1. Tumiskan semua bahan kisar tadi.
2. Biarkan hingga naik minyak
3. Masukkan semua bahan2 lain
4. Biarkan ia menggelegak sehingga masak. Angkat dan kemudian hidangkan

♥ Laksa Nyonya ♥

Sumber : Mingguan Wanita


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

3 atang bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
1 biji kelapa (dijadikan santan)


BAHAN KISAR
700gm bawang besar
700gm lengkuas
200gm kunyit hidup
250gm belacan
10 batang serai
20 biji buah keras
200gm cili kering
20gm cili kering
20gm daun kesum

BAHAN LAIN

1 kg laksa basah (direbus dan ditoskan)

BAHAN HIASAN

Timun (dihiris), tauge (dicelur), taufu ikan, kiub ayam, sambal belacan, limau kasturi



CARA MMBUAT

1. Tumiskan semua bahan kisar tadi ke dalam periuk
2. Biarkan hingga naik minyak
3. Masukkan perasa dan bahan lain
4. Biarkan ia menggelegak sehingga masak. Angkat dan kemudian hidangkan









♥ Laksa Sarawak ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN

½ cawan minyak sayuran
300gm udang kecil (dibuang kulit dan urat, kemudian dicincang lumat)
1kg ayam (dibersihkan dan dipotong 4)
2 sudu besar hirisan daun ketumbar
(1 tangkai lagi untuk hiasan)
8 cawan santan (dr 2 biji kelapa)
¾ cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
½ cawan kacang tanah (ditumbuk)
Air perahan drpd 1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa.

BAHAN LAIN
500gm mi laksa atau bihun atau mi kuning
Dicelur sebelum menghidang
Sambal udang kering
10 biji limau kasturi

BAHAN UNTUK DIKISAR HALUS
15 ulas bawang merah-dikupas
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dgnair dan toskan
2 cm lengkuas-dikupas
4 batang serai, dihiris halus,
1 sudu teh belacan

ATAU CARA LAIN BUAT PES klik sini

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga sebati
2. masukkan udang dan ayam, tutup periuk.
3. Tambahkan 2 sudu besar hirisan daun ketumbar dan santan. Renehkan selama 30 minit.
4. Masukkan bijan, kacang tanah, air limau nipis, garam dan gula.
5. Hidangkan panas-panas dan bubuh sambal udang kering serta limau kasturi.

ADA BYK LAGI VERSI LAKSA SARAWAK DR Kawan2 kita.. kalau nk klik sini



♥ Laksa Johor ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

60ml minyak
2 sudu besar serbuk ketumbar*
1 sudu besar serbuk jintan manis dibancuh dgn*
2 sudu besar rempah kari daging air jadi pes*
2 sudu besar pes cili*
* dibancuh dgn air jadi pes
2 liter santan (dr 1½ biji kelapa)
500gm ikan kembung (direbus, diambil isinya dan ditumbuk)
40gm udang kering – direndam dan ditumbuk
1 camca besar asam jawa*
50ml air*
* diperah dan ambil air
8 tangkai daun kesum
Garam dan gula secukupnya

BAHAN LAIN
500gm mi kuning – dicelur

BAHAN HIASAN
6-8 biji limau kasturi
300gm tauge – dibuang ekor
2 labu bawang besar-dihiris
1 biji timun-dihiris
40gm daun selom-dimayang
40gm daun selasih-dimayang

BAHAN SAMBAL BELACAN
6 biji cili merah
2cm belacan-dibakar
Garam secukupnya
 
 
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan pes rempah dan kacau sampai terbit minyak.
2. Masukkan santan sambil kacau.
3. Masukkan pula isi ikan, udang, air asam jawa dan daun kesum. Kacau sampai menggelegak.
4. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Untuk menghidang, taburkan tauge, bawang besar, timun, daun selom dan daun selasih. Tuangkan kuah
    atasnya.
4. Hidangkan bersama limau kasturi dan sambal belacan.

♥ Laksam Kelantan ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK DIJADIKAN LAKSAM
200gram tepung beras
40gm tepung gandum
3/4 camca garam
600ml air
Minyak untuk melenser

BAHAN UNTUK KUAH
500gm ikan kembung (rebus, ambil isinya dan tumbuk)
2 liter santan (dr 2 biji kelapa)
6 ulas bawang merah - dikisar
1 cm halia - dikisar
1 keping asam gelugur
2 camca lada hitam (dikisar halus)
garam secukupnya

BAHAN HIASAN
6 biji cili merah (dikisar dgn garam)
1 biji timun - dihiris
10 batang kacang panjang - dihiris
40gm daun selom (dimayang)
200gram tauge (dibuang ekor)
2 cm belacan (dibakar dan dipatah kecil)
3 biji limau nipis (dibelah 4)

CARA MEMBUAT - KUAH
1. Didihkan isi ikan, santan, bahan kisar dan asam gelugur.
2. Masukkan lada hitam dan garam. Renehkan sampai pekat kemudian angkat.

CARA MEMBUAT - LAKSAM
1. Kacau tepung beras, tepung gandum, garam dan air sampai sebati
2. Tuangkan sedikit bancuhan tepung agar membentuk satu lapisan nipis ke dalam loyang berukuran 22cm. 
3. Kukus hingga masak. Angkat dan gulungkan ketika masih panas. Ulangi hingga habis.
4. Hiriskan gulungan laksam setebal 1 cm dan bubuh ke dalam mangkuk.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan sajikan bersama bahan sampingan kemudian masukkan kuah.


♥ Laksa Terengganu ♥

Sumber : Mingguan Wanita

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
4 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan manis
5 sudu besar lada kering - dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
3 batang serai - dihiris
4 ulas bawang putih kisar
1/2 inci kunyit hidup
3/4 biji kelapa dimesin halus
3/4 biji kelapa dibuat kerisik
4 ekor ikan kembung - dibakar dan dikisar
2 ekor ikan cencaru kering, gula, garam dan asam keping 2 biji kelapa diambil santannya

BAHAN LAIN
1 kg laksa basah (dicelur dan ditoskan)

CARA MEMBUAT
1. Masukkan ikan kembung kisar, kelapa yang dimesin dan bahan yang dikisar kedalam santan cair dan gaul hingga sebati.
2. Masukkan santan pekat hingga keluar minyak, Masukkan lada kering dan kerisik. Masukkan santan yang telah bercampur dengan rmpah.
3.Kacau hingga sebati dan masukkan ikan kering selama 10 minit dan ambil semula ikan kering tadi. Bubuh garam, gula dan asam secukup rasa.
4. Sedia untuk dimakan.


♥ Asam Laksa ♥

Sumber : Mingguan Wanita
BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
2 liter air
1kg ikan kembung (rebus dan ambil isinya)
100gm asam gelugur
100gm daun kesum
100gm lengkuas - dititik
1 batang serai - dititik
1 kuntum bunga kantan (dibelah)
2 camca pes udang
2 camca serbuk perasa (optional kalau suka)
garam secukup rasa

BAHAN LAIN
1kg laksa basah (dicelur dan ditoskan)

BAHAN HIASAN
1 potong nanas (dihiris nipis)
1 biji timun (dihiris nipis dan memanjang)
2 biji lada merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris halus)
6 tangkai daun pudina

CARA MEMBUAT
1. Siat-siatkan isi ikan - ketepikan
2. Tapiskan air rebusan. Masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan ke dalam air tadi. Rebus perlahan-lahan hingga cukup masak.
3. Tambahkan pes udang, serbuk perasa dan garam. Biarkan ia sentiasa panas.
4. Bubuh laksa dalam mangkuk dan tuangkan kuah keatasnya. Kemudian taburkan nanas, timun, lada merah, bawang besar dan daun pudina diatasnya. Hidangkan.

About

Kongsi Resipi