♥ Dulce De Leche ♥

Ahad, Ogos 01, 2010


Assalamualaikum semua.. dah lama rasanya aku x update blog ni.. Bz sikit, sebenarnya catatan banyak dah buat dan byk jugak resipi2 yang nk dikongsi Cuma x publish ja lagi…

2-3 hari lepas aku buat ‘dulce de leche’.. rasa terpanggil nk buat sbb tgk kat blog kawan2 teringin gak nk rasa. Resipi ni aku ambil dari blog zana. Cara dia sama gak mcm Zana buat tp aku x kukus.. aku rebus terus susu tuh.

Bahan2nya:

• 1 tin susu pekat manis (sebarang jenama)
• air secukupnya
• periuk kukus (aku guna periuk biasa sbb aku rebus je)

Cara-caranya:

1. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
2. Masukkan tin susu ke dalam periuk. Letak ditengah2 rack. (baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
3. Tutup periuk dan rebus selama 3 jam atau lebih! lagi lama direbus, kaler akan makin gelap. Pastikan air rebusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
4. Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
5. Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.

Aku bagi anak aku si Fahim & Ayuni makan dengan roti tp letak sikit jelah sbb manis sangat... Sukanya si Fahim tu.. esok bangun pagi minta lagi.. "Nak leceh".. katanya...

0 ulasan:

About

Kongsi Resipi