♥ Sagu Gula Melaka ♥

Khamis, Julai 01, 2010

Tadaaaa... ini dia sagu gula melaka yang aku 'cedok' resipinya dari dapur Nuanza... Terima kasih Nuanza... Saja suka-suka aku buat 2 warna.. sedap dan cepat dimasak... Untuk simpanan aku, aku letak la jugak resipinya kat sini...

Bahan-bahan

1 ¾ cawan sagu (biji)
3 ½ cawan air
2 keping gula melaka / 1 cawan gula merah
1 cawan santan pekat / RM1 santan pekat/1 kotak santan
2-3 helai daun pandan

Cara:

Untuk Kuih Sagu
1. Masukkan air di dalam periuk bersama 2-3 titis sirap ros/lain2 pewarna dan biar air mendidih
2. Masukkan sagu dan terus kacau untuk elak sagu melekat di periuk
3. Kacau sampai sagu kembang dan jernih
4. Angkat sagu, letakkan dalam bekas penapis dan basuh dibawah air mengalir untuk membuang lendirnya.
5. Masukkan ke dalam acuan / loyang
6. Simpan dalam peti ais untuk untuk sejukkannya.

• Kalau nk buat byk warna ulang proses diatas

Untuk Air Gula Melaka
1. Hancurkan gula dan masak dengan air secukupnya- masuk daun pandan dan biar hingga agak pekat
2. Simpan juga dalam peti ais untuk sejukkannya

Utk Santan:
1. Masak santan atas api yg kecil + secubit garam
2. Biarkan mendidih sekejap (sentiasa kacau), dan terus tutup api

So bila semua dah sejuk bolehlah hidangakan sagu bersama air gula melaka + santan secukupnya..


Ini lah dia rupanya... Jemput makan semua..




0 ulasan:

About

Kongsi Resipi